Image for large screens Image for small screens

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Damai di Palestina = Damai di Dunia

ADVERTISEMENT

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

PERSIDANGAN ANTARABANGSA UNTUK PEMBEBASAN AL-AQSA DAN PALESTINA

Ali Farkhan Tsani - Jumat, 16 Mei 2014 - 20:02 WIB

Jumat, 16 Mei 2014 - 20:02 WIB

630 Views

Mohd Azmi Abdul Hamid (Dok : Selangor Kini)

Oleh : Mohd Azmi Abdul Hamid,

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

Persidangan Antarabangsa untuk Pembebasan Al-Aqsa dan Pembelaan Umat Tertindas diadakan pada 17-18 hari bulan Mei 2014 di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Persidangan ini dianjur bersama oleh Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Kesatuan Ulama Muslimin Se-Dunia Cawangan Malaysia. 

Baca Juga: Bebaskan Masjidil Aqsa dengan Berjama’ah

Persidangan tersebut adalah bersempena dengan peringatan tahun ke-66 peristiwa Nakbah, iaitu pencerobohan Yahudi ke atas tanah air Palestin yang melahirkan Israel pada 15 hb Mei 1948. Malapetaka ( Nakbah ) itu telah mengakibatkan ratusan ribu rakyat Palestina diusir keluar dari negara Palestin dan sehingga kini lebih 5 juta rakyat Palestin menjadi pelarian di serata negara di Asia Barat.

Persidangan yang dianjurkan ini mendatangkan lebih 10 pembicara dari luar negara iaitu, Turki, Mesir, Qatar, Indonesia, Palestin, Libanon dan Iran. Pembicara dari dalam negara juga akan diturutsertakan untuk membahaskan isu-isu yang berkaitan dengan pencerobohan ke atas masjid Al Aqsa dan Palestin serta juga isu kesatuan ummah untuk membela umat Islam yang tertindas di merata dunia.

Tujuan utama Persidangan ini adalah untuk melakarkan agenda bertindak melalui kesatuan umat Islam yang kukuh bagi membebaskan Masjid Al Aqsa dan bumi Palestina.

Turut dibahaskan ialah persoalan umat Islam yang kini ditindas di pelbagai pelusok dunia akibat dicatur oleh hegemoni kuasa Barat.

Baca Juga: Tak Perlu Khawatir Tentang Urusan Dunia

Lebih 20 kertas kerja akan dibentangkan dalam persidangan tersebut untuk memberi gambaran yang jelas mengenai isu-isu yang berkaitan. 

Penyertaan dari masyarakat awam adalah terbuka dan terhad kepada 200 orang . Dijangka penyertaan juga akan diterima dari wakil dari luar negara.

Kami berpandangan bahawa isu pembebasan Masjid Al Aqsa adalah antara isu pokok yang perlu diberi perhatian oleh umat Islam .

Pengemblengan umat Islam di seluruh dunia supaya Masjid Aqsa dibebaskan dari pencerobohan Yahudi sangat diperlukan kerana kuasa Barat kini membelakangkan hak umat Islam dan rakyat Palestina terhadap Masjid Aqsa.

Baca Juga: Keutamaan Al-Aqsa dalam Islam, Sebuah Tinjauan Berdasarkan Al-Qur’an dan Hadis

Persidangan ini diharap akan menghasilkan resolusi dalam bentuk agenda bertindak yang akan meransang umat Islam bagi menumpukan perhatian kepada pembebasan seluruh umat Islam dari penindasan.

Kami berpendirian kesatuan umat Islam menjadi faktor paling utama untuk mempertahankan hak umat Islam dan ia harus merentaskan kaum diseluruh dunia. 

Konflik sektarian yang kini telah melemahkan umat Islam adalah akibat dari kegagalan umat Islam memahami siapa musuh yang sebenar yang harus dihadapi. Oleh kerana kuasa Barat yang berniat untuk menguasai sumber yang terdapat di bumi negara-negara umat Islam , strategi memperlagakan antara umat Islam sendiri telah berjaya melemahkan umat Islam .

Akibat dari konflik yang berterusan kini dunia sedang menyaksikan satu demi satu negara umat Islam dihancurkan . Pelanggaran hak asasi manusia , penafian hak politik serta perampasan serta pencerobohan ke atas bumi umat Islam oleh kuasa Barat berterusan yang memangsakan jutaan umat Islam diseluruh dunia.

Baca Juga: Selamatkan Palestina sebagai Tanggung Jawab Kemanusiaan Global

Kini nyawa umat Islam menjadi barang murahan untuk dibunuh tanpa sebab sementara pemimpin dan kerajaan di negara umat Islam terus menjadi alat kepada kuasa Barat.

Persidangan ini juga bertujuan untuk membahaskan peranan ulama dan seluruh kumpulan sivil dan NGO (non government organization) dikalangan umat Islam supaya isu perpecahan dan konflik dikalangan umat Islam dapat ditangani dengan tuntas.

Tumpuan yang utama ialah untuk mengukuhkan kesatuan umat , mengangkat kualiti hidup serta membela hak mereka yang tertindas . 

Isu Palestina

Baca Juga: [Hadits Al-Arbain ke-24] Tentang Haramnya Berbuat Zalim

Isu Palstina dan Baitul Maqdis adalah isu dunia yang berpanjangan yang menjadi barah kepada pelbagai isu umat Islam diseluruh dunia. Ia adalah isu yang sepatutnya menyatukan seluruh umat Islam tanpa mengira fahaman politik . Malah sepatutnya perampasan hak rakyat Palestin oleh Israel adalah isu yang merentas seluruh komuniti dunia. 

Tanpa memahami bagaimana kuasa Barat berjaya menggunakan pelbagai strategi militeri , ekonomi , teknologi, politik dan media , umat Islam tidak akan dapat keluar dari perangkap penguasaan imperialis Barat dan akan mengakibatkan umat Islam berterusan menjadi mangsa .

Persidangan ini adalah suatu usaha yang diharap akan membangkitkan kesedaran krtitikal umat Islam disemua peringkat untuk memperjuangkan kesucian agama Islam dan maruah umat Islam bagi mengembalikan kegemilangan tamadun Islam yang asal. (T/R1/IR)

Mi’raj Isla/mic News Agency (MINA)

Baca Juga: Bantuan Pangan untuk Palestina

Rekomendasi untuk Anda

Indonesia
Indonesia
Renungan Al Quran
Palestina
Tausiyah
Sosok
Indonesia
MINA Preneur
Kolom