Image for large screens Image for small screens

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Damai di Palestina = Damai di Dunia

ADVERTISEMENT

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Qunut Nazilah dan Ukhuwwah Islamiyah (Tazkirah Menjelang Buka # 22)

Rana Setiawan - Kamis, 13 April 2023 - 20:40 WIB

Kamis, 13 April 2023 - 20:40 WIB

9 Views

Oleh: Prof Madya Dr Abdurrahman Haqqi, Wakil Pengarah, Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’I UNISSA Brunai Darussalam

Apakah Qunut Nazilah itu? Secara garis besarnya Qunut Nazilah adalah suatu doa di dalam shalat pada tempat yang khusus dalam keadaan berdiri karena malapetaka atau musibah yang turun menimpa kaum muslimin dalam bentuk penganiayaan, penyiksaan, gempa, banjir, dan sebagainya. Nazilah, jamak nawazil, itu sendiri bererti ‘malapetaka’ (Al-Bahuti, Kasysyaf Al-Qina’, 1/421)

Dalam sejarah Islam, Qunut Nazilah sering dilakukan baginda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam dan Khulafa Rasyidin yang empat. Pada permulaan Hijrah, baginda membaca Qunut Nazilah untuk keselamatan Ayyasy, Al-Walid dan Salamah yang berpakat hijrah dengan melarikan diri dari Makkah ke Madinah. (Rujuk hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam kejadian lain, puak Ri’l, Zakuan, ‘Ushayyah dan Bani Lahyan meminta pertolongan Nabi untuk menghantar tentara bantuan dalam memerangi musuh mereka. Baginda mengabulkan permohonan itu dan mengutuskan 70 pejuang Ansar yang dikenali sebagai penghafal Al-Quran pada masa itu. Mereka adalah pencari kayu pada siang hari dan shalat tahajud pada malam hari.

Baca Juga: Keutamaan Menulis: Perspektif Ilmiah dan Syari

Ketika tiba di satu tempat bernama Perigi Ma’unah, kawasan al-Najd, puak Arab berkenaan mengkhianati Nabi dan menyembelih semua pejuang utusan baginda itu. Kejadian ini terjadi pada bulan Safar tahun 4 Hijrah. Selepas berita memilukan dan menyedihkan ini, Nabi membaca Qunut Nazilah untuk kebinasaan puak Ri’l, Zakuan, ‘Ushayyah dan Bani Lahyan selama satu bulan. (Rujuk hadis riwayat Bukhari)

Selepas kekalahan umat Islam dalam peperangan Uhud yang berakhir pada Sabtu, 15 Syawal tahun 3 Hijrah, puak ‘Adhl dan al-Qarah meminta kepada Nabi orang yang boleh mengajarkan agama kepada mereka. Nabi dengan senang hati mengabulkan permintaan mereka dan mengirimkan 10 orang ustaz di bawah pimpinan ‘Ashim bin Tsabit.

Malangnya, ketika tiba di kawasan puak Huzail, penipu daripada orang musyrik itu menghadang dan membunuh mereka. Tiga daripada mereka terselamat iaitu Khubaib bin Adiy, Zaid bin al- Datsnah dan Abdullah bin Tariq tetapi mereka menjadi tawanan. Bagaimanapun, mereka akhirnya terbunuh juga karena sebab masing- masing. Kejadian ini dalam sejarah Islam terkenal dengan nama Ba’ts al-Raji’ atau Utusan al-Raji’ dan Rasulullah juga membaca Qunut Nazilah untuk kebinasaan kedua-dua puak pengkhianat berkenaan. (Rujuk Sirah Ibn Hisham)

Dari tiga kejadian di atas, kita boleh menyimpulkan bahwa setiap bala bencana menimpa umat dan juga demi memohon keselamatan umat, Nabi selalu melakukan Qunut Nazilah. Ini ditegaskan lagi dalam sebuah hadis artinya: “Sesungguhnya bila ingin mendoakan seseorang, Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam membacakan qunut sesudah rukuk.” (HR Ahmad dan Bukhari)

Baca Juga: [Hadits Arbain ke-23]  Keutamaan Bersuci, Shalat, Sedekah, Sabar, dan Al-Quran

Imam Al-Nawawi (w. 676H) dalam kitabnya Al-Majmu’ menyatakan: “Pendapat yang benar dan masyhur yang ditetapkan mayoritas ulama, apabila terjadi bala dan bencana ke atas orang Islam seperti ketakutan, kemarau, wabah atau serangan belalang atau seumpamanya, bolehlah dilakukan Qunut Nazilah pada setiap kali shalat fardu. Jika tidak terjadi bala bencana, tidaklah perlu Qunut Nazilah itu.”

Qunut Nazilah adalah suatu hal yang disyariatkan dan amat disunatkan ketika terjadi musibah. Sunat Qunut Nazilah ini pendapat ulama daripada mazhab Hanafi, Maliki, Syafie, Hambali dan lain- lainnya. Imam Syafii berkata: “Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca Qunut Nazilah pada seluruh shalat wajib.” (Dalam Al-Baghawi, Al-Syarh, 2/279). Ibn Qudamah dalam kitabnya Al-Mughni menukil ucapan Imam Ahmad: “Apabila turun bencana kepada kaum muslimin, hendaknya imam melakukan qunut dan diaminkan orang yang dibelakangnya.” (1/450)

Umat Islam adalah satu tubuh jika salah satu anggota tubuhnya sakit, yang lain turut sakit. Kita berkewajiban membantu umat Islam lain yang dalam keadaan musibah khususnya peperangan di berbagai tempat.

Ukhuwah Islamiyah adalah kewajipan.

Baca Juga: Langkah Kecil Menuju Surga

Insya Allah.

BSB, 22 Ramadan 1444H/13 April 2023

(AK/RS2/R1)

Mi’raj News Agency (MINA)

Baca Juga: Akhlak Mulia: Rahasia Hidup Berkah dan Bahagia

Rekomendasi untuk Anda

Dunia Islam
Tausiyah
Khutbah Jumat
Tausiyah