Renungan Zanjabil: Ulama yang Wafat Akibat Wabah

Oleh: Prof. Dr. Abdurrahman Haqqi, Dosen di Universiti Islam Sultan Sharif  Ali (UNISA) Brunei Darussalam asal Bogor Indonesia

Siapa sangka, seorang ulama mazhab Syafi’i yang masyhur, Tajuddin Abdul Wahhab Al-Subki telah menjadi korban thaun dan meninggal pada tahun 771H yang mana sebelumnya dilahirkan pada tahun 727H.

Hal ini menambah kisah sedihnya adalah beliau terkena wabah tersebut ketika beliau sedang menyelesaikan bukunya “Juz’un fi Al-Thaun” atau Bahagian daripada Thaun. Beliau adalah termasuk ulama terkemuka pengarang beberapa kitab besar dan menjadi Ketua Hakim di Damsyiq. Beliau meninggal dunia dalam umur yang masih muda yakni 44 tahun tapi khazanah keilmuan Islam dipenuhi sumbangan karangan-karangan beliau.

Ada lagi ulama yang menulis tentang dan beliau meninggal dunia disebabkan thaun karena penulisannya itu. Nama beliau Syihabuddin, Ahmad ibn Yahya Al-Talmasani. Beliau menulis kitab Al-Tibb Al-Masnun fi Daf’i Al-Tha’un atau Perubatan Sunah Untuk Menolak Thaun. Beliau wafat pada tahun 776H.

Seorang sejarawan Ibn Al-Wardi, Zainuddin Umar ibn Muzaffar juga menjadi korban wabah thaun dan wafat pada tahun 749H selepas menulis kitabnya bertajuk Al-Naba ‘an Al-Waba’ (Berita Tentang Wabah). Di dalam kitabnya ini, Al-Wardi menulis secara komprehensif tentang wabah thaun di beberapa buah negeri hingga kampung-kampung Suriah kecuali sebuah kampung yang tidak dimasuki wabah yaitu Kampung Ma’arrah Al-Nu’man. Subhanallah, Yang membuat kita terpaku keheranan adalah bagaimana beliau menulis kitab itu tanpa sebuah penutup yang layaknya sebuah kitab dan beliau wafat seketika. Sebelum itu, perbincangan terakhirnya adalah tentang seorang hakim yang meninggal kerena thaun pada masanya.

Seorang ulama kenamaan di mana namanya sering disebut adalah Ibn Hajar Al-‘Asqalani (773-852H). Siapa yang tak kenal pengarang kitab Fath Al-Bari bi Sharh Sahih Al-Bukhari (Pembukaan Ilahi Syarah Sahih Bukhari) 8 jilid dan kitab kumpulan hadis hukum hakam syara’ yang terkenal Bulugh Al-Maram min Adillah Al-Ahkam (Sampainya Cita-Cita Beragama Berdasarkan Dalil-Dalil). Beliau menulis kitab Bazl Al-Ma’un fi Fadl Al-Tha’un (Memberikan Pertolongan dalam KeutamaanThaun). Sebab penulisannya ialah kerena tiga orang putrinya meninggal dunia kerena wabah thaun. ‘Aliah dan Fatimah meninggal pada tahun 819H dan putri sulungnya, Zain Khatun meninggal 14 tahun kemudian yakni pada tahun 833H.

Sebelum itu, pada tahun 69H seorang ahli bahasa Arab yang tidak asing lagi dan menjadi peletak dasar tatabahasa Arab, nahwu. Beliau atas perintah Khalifah Ali ibn Abi Talib menulis buku nahwu tersebut. Sebab penulisannya adalah kerena kesalahan ucapan putrinya yang mengatakan ma ajmalu al-sama yang sepatutnya dia mengatakan ma ajmala al-sama sebagai ucapan ta’ajjub. Beliau juga meninggal dunia kerena wabah thaun.

Dan yang termasuk cendekiawan muslim yang wafat karena thaun adalah pengarang kitab Kamus Besar Bahasa Arab, Al-Zabidi, Muhammad Murtada. Beliau mengarang kitab kamus Taj Al-‘Arus min Jawahir Al-Qamus  Beliau meninggal dunia pada tahun 1205H pada hari beliau mendapat musibah thaun tersebut. Rahamahumullah Jami’an.

Demikianlah sekilas info bagaimana beberapa ulama dan cendekiawan muslim terdahulu menjadi korban wabah thaun dan meninggal dunia sebagai ‘syahid’.

Sebuah renungan dalam suasana .

Wallahu a’lam.

Semoga bermanfa’at.

Bandar Seri Begawan, 2 April 2020.

 

(AK/B04/R1)

Mi’raj News Agency (MINA)

Wartawan: Rana Setiawan

Editor: Widi Kusnadi

Ikuti saluran WhatsApp Kantor Berita MINA untuk dapatkan berita terbaru seputar Palestina dan dunia Islam. Klik disini.