Image for large screens Image for small screens

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Damai di Palestina = Damai di Dunia

ADVERTISEMENT

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Shalat Tarawih Hanya Pada Malam (Tazkirah Menjelang Buka : 3 Ramadhan)

Ali Farkhan Tsani - Sabtu, 25 Maret 2023 - 16:12 WIB

Sabtu, 25 Maret 2023 - 16:12 WIB

2 Views

Oeh: Prof Madya Dr Abdurrahman Haqqi,

Timbalan Pengarah, Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i, UNISSA Brunei Darussalam

DARIPADA berpuluh-puluh macam nama shalat sunat, tidak ada yang lebih populer di kalangan muslim selain solat tarawih, shalat sunat khusus dilakukan pada malam hari bulan Ramadhan karena ia sudah sebati dengan puasa pada siang hari,. Sedangkan puasa Ramadhan adalah salah satu rukun Islam yang tidak boleh ditinggalkan oleh seorang muslim.

Tidak diketahui pasti bila jenama tarawih ini melekat pada shalat sunat yang dilakukan pada malam hari bulan Ramadhan ini. Yang jelas jenama ini tidak muncul pada zaman kenabian dan juga pada zaman Khalifah Abu Bakar. Yang ada pada zaman Nabi Muhammad SAW ialah _man qama ramadan_ atau sesiapa sahaja mendirikan malam ramadan dengan shalat.

Baca Juga: Keutamaan Menulis: Perspektif Ilmiah dan Syari

Artinya Rasulullah hanya menamakan shalat malam hari bulan Ramadhan dengan _qiyam ramadan_ bukan tarawih.

Imam al-Karamani berkata: “Mereka (ulama) bersepakat bahawa yang dimaksud dengan _qiyam ramadan_ adalah shalat tarawih.”

Tarawih yang berasal dari bahasa Arab ini berbentuk jamak yang mana bentuk tunggalnya adalah _tarwihah_ bererti berehat atau istirehat.

Mulanya ia bermaksud untuk berehat pada setiap selepas shalat empat rakaatnya, bukan untuk berehatnya. Ini disebabkan setiap selesai shalat empat rakaat kita selalu berehat sesaat daripada melanjutkan dengan membaca tasbih, tahmid, tahlil dan takbir yang disusul tasbih taqdis dan doa malam Ramadhan oleh imam.

Baca Juga: [Hadits Arbain ke-23]  Keutamaan Bersuci, Shalat, Sedekah, Sabar, dan Al-Quran

Dulupun begitu, hanya bentuknya tentu berbeda. Yang uniknya, pada hari-hari yang lalu, pencari tarawih ini menjadikannya sebagai gelanggan balap dengan tok imam yang cepat selesai, dialah yang menjadi jaguhnya. Kerana cepat selesai, cepat mereka berehat pada malam itu.

Satu lagi kebiasaan tarawih sekarang ialah berkurangnya golongan belia di masjid atau surau selepas rakaat kelapan. Rakaat berikutnya dilakukan oleh orang dewasa. Pengunduran diri jemaah belia seperti ini sudah menjadi fenomena baru.

Padahal kalau mau mengkaji dengan jujur ​​dan ikhlas tanpa prasangka, kita akan dapati apa yang ditradisikan oleh golongan tua inilah yang lebih tepat disebut sebagai shalat tarawih.

Di Masjidil Haram Makkah dan Masjid Al-Nabawi Madinah pun, sampai sekarang masih berlangsung tradisi berdua-dua puluhan. Bukankah di kedua-dua tempat itu tempat asal shalat tarawih? Bahkan Nabi pun mensabdakan bahawa makmum yang menyelesaikan salat tarawih bersama imam, maka pahalanya seperti mendirikan qiyamul lail semalaman.

Baca Juga: Langkah Kecil Menuju Surga

Yang tak kalah uniknya ialah kecenderungan membaca satu juzuk dalam bertarawih. Dengan kata lain, setiap tarawih harus habis membaca al-Quran satu juzuk sama ada dihafal atau dibaca oleh Tok Imam.

Ini suatu fenomena yang cukup baik tapi yang tidak membuatnya baik ialah anggapan bahawa inilah mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW sebenar. Sedangkan orang yang membaca _qisar al-suwar_ yang dimulai dari surah al-Takatsur dalam bertarawih dianggap tidak mengikuti sunnah Nabi. Wala haula wala quwwata illa billah.

Jadinya, dia telah memecahkan umat Islam yang satu. Ia tidak menjadi masalah jika perbezaan anggapan itu bukan wujud.

Ibnu Hibban menyebutkan pada awalnya shalat tarawih itu sebelas rakaat dengan bacaan al-Quran yang panjang-panjang dan ini memberatkan jemaah.

Baca Juga: Akhlak Mulia: Rahasia Hidup Berkah dan Bahagia

Maka mereka meringankan bacaannya dengan menambahkan dimensi rakaatnya menjadi 23 rakaat. Kemudian mereka mereringankan lagi bacaan al-Qurannya dan menambahkan rakaatnya menjadi 39 rakaat.

Imam Malik menambahkan bilangan ini dalam bertarawih. Yang kita mahukan pada Bulan Seribu Bulan ini adalah keharmonisan dalam bermasyarakat muslim tanpa perpecahan yang disebabkan masala kecil ini.

Umat ​​Islam sudah letih dengan perbezaan picisan yang telah menyerap tenaga, masa dan harta kita. Padahal hadis-hadis yang menerangkan shalat pada malam bulan Ramadan tidak pernah meyebutkan banyak dan bacaan tertentu untuknya. (A/haq/RS2)

BSB, 3 Ramadhan 1444 H/25 Mac 2023M

Baca Juga: [Hadits Arbain ke-22] Islam Itu Mudah, Masuk Surga Juga Mudah

Kantor Berita Mi’raj (MINA)

Rekomendasi untuk Anda

Tausiyah
Indonesia
Indonesia