Image for large screens Image for small screens

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Damai di Palestina = Damai di Dunia

ADVERTISEMENT

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Al-Khawarizmi: Bapa Digital (Tazkirah Menjelang Buka #26)

Rana Setiawan - Senin, 17 April 2023 - 19:16 WIB

Senin, 17 April 2023 - 19:16 WIB

26 Views

Oleh: Prof Madya Dr Abdurrahman Haqqi, Wakil Pengarah, Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’I, UNISSA Brunai Darussalam

Seandainya angka Arab belum ditemukan lebih kurang 1.200 tahun lalu kita mungkin belum menikmati kecanggihan era digital hari ini.

Era digital mengasaskan kecanggihannya pada angka lapan dan angka lapan baru ditemukan oleh al-Khawarizmi yang hidup antara tahun 780 hingga 850 Masihi atau 194-266 Hijriah.

Ide asal pencarian angka oleh al-Khawarizmi adalah ide ketunggalan, al-witr. Sebelumnya ada angka Hindi dan angka Rum begitu pula angka abjad bahasa Arab.

Baca Juga: Wawancara Eksklusif Prof. Anbar: Pendidikan Jaga Semangat Anak-Anak Gaza Lawan Penindasan

Tapi ia tidak boleh menyelesaikan permasalahan tiga asas pengiraan al-hisab yaitu bilangan, sesuatu dan nilai.

Al-Khawarizmi memulakan pencarian angka baru dengan menggunakan falsafah ’segi tiga’ atau al-muthallath’ di mana angka satu digambarkan dengan satu segi tiga, angka dua dengan dua segi tiga dan seterusnya sampai angka sembilan. Angka lapan mempunyai lapan segi tiga dan gambarnya seperti angka lapan asas digital hari ini.

Tapi, bagaimana dengan sifar atau kosong? Al-Khawarizmi dengan kecerdikannya menjawab dengan mudah ’kita gambar tanpa ada segi tiga dan menjadilah bulatan’. Itulah angka sifar buatan Al-Khawarizmi yang menjadi pegangan perhitungan masyarakat dunia hari ini.

Ia baru diakui ilmuwan Barat 250 tahun selepas Al-Khawarizmi meninggal dunia karena sebelum itu mereka menggunakan sistem abakus, semacam senarai yang menu njukkan satuan puluhan, ratusan dan seterusnya untuk menjaga agar setiap angka tidak tertukar dari tempat yang telah ditentukan dalam perhitungan.

Baca Juga: [Hadits Arbain ke-9] Jalankan Semampunya

Akan tetapi cara perhitungan ini tidak mendapat sambutan dari ilmuwan Barat dan mereka akhirnya menggunakan cara Al-Khawarizmi yang dijuluki ‘raqm al-binji‘ atau angka Arab.

Dalam kitab Abjad al-Ulum al-Wasyi al-Marqum fi Bayan Ahwal al-Ulum (Senarai
Ilmu, Tulisan Terbilang Dalam Penjelasan Keadaan Ilmu-Ilmu) karangan Sadiq bin Musa Al-Qunuji jilid 2 halaman 205 ada ditulis ”Aljabar adalah ilmu yang dengannya diketahui sesuatu yang tak diketahui bilangannya dengan mempertemukannya dengan sesuatu yang diketahui dengan cara yang khas.”

Dan orang yang mula-mula menulis mengenainya adalah Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Yusuf al-Khawarizmi seperti disebut dalam halaman 207 jilid yang sama.

Di Barat beliau dikenal dengan nama al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi.

Baca Juga: Wawancara Eksklusif Prof El-Awaisi: Ilmu, Kunci Pembebasan Masjid Al-Aqsa

Sebelum al-Khawarizmi ada ilmuwan Yunani bernama Diopanthus (w. 250 SM) di mana dia menjadi rujukan al-Khawarizmi.

Tapi banyak permasalahan yang telah diperbetulkan oleh al-Khawarizmi sehingga dia lebih berhak untuk digelari dengan naba ’Bapa Aljabar seperti yang ditulis Gandz, ahli matematik Barat dalam bukunya The Source of al-Khawarizmi’s Algebra.

Al-Kawarizmi telah dilahirkan di Bukhara dan wafat di Baghdad. Beliau hidup dalam era kejayaan ilmuwan Islam di bawah Khalifah al-Makmun. D

Pada usia muda sudah bekerja di institusi pengajian tinggi prestisius masa itu, Bait al-Hikmah di Baghdad.

Baca Juga: Amalan Sunnah pada Hari Jumat

Beliau tidak hanya menguasai ilmu-ilmu agama seperti lazimnya para ilmuwan masa lalu tapi beliau juga menguasai bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

Beliau bekerja dalam sebuah observatory yaitu tempat menekuni belajar matematik dan astronomi. Di samping itu, beliau juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah.

Antara sumbangan keilmuannya yang tidak ternilai adalah Al-Jabr wa al- Muqabalah, dalam buku ini beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.

Buku lainnya adalah Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah di mana beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebagian daripadanya merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Neo Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.

Baca Juga: [Hadits Arbain ke-8] Mengajak Kepada Kalimat Syahadat

Banyak lagi buku yang ditulisnya termasuk Sistem Nomor yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin yaitu De Numero Indorum; ‘Mafatih al-Ulum’ yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang; Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri; Al-Amal bi’ Usturlab’; Al-Tarikh; dan Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.

Kepribadian Al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat. Al-Khawarizmi telah dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh orang Barat. Tinggal kita yang mensyukurinya.
Bolehkah?

BSB, 26 Ramadan 1444H/17 April 2023M

 

Baca Juga: Tertib dan Terpimpin

(AK/RS2/R1)

 

Mi’raj News Agency (MINA)

Baca Juga: [Hadits Arbain ke-7] Agama itu Nasihat

Rekomendasi untuk Anda

Tausiyah
Indonesia
Indonesia