Oleh : Acc. Prof. Dr Abdurrahman Haqqi, Timbalan Pengarah, Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i, UNISSA Brunai Darussalam
Siapa yang tidak mahu berjaya dalam hidup. Soalannya, berjaya di mana dan dalam bidang apa? Dan yang terpenting ialah melalui cara apa kejayaan itu dicapai.
Kalau pertanyaan ini ditujukan kepada seorang rnurid sekolah Dasar (SD), jawaban klasiknya ialah berjaya sejak dari bangku sekolah hingga ke perguruan tinggi sebelum melanjutka bidang kodokteran keinsinyuran, rains atau korporat.
Jika pertanyaan itu ditujukan kepada seorang yang arif dan bijaksana, dengan yakin dia akan menjawab bahawa yang dimaukannya ialah kejayaan di dunia dan di akhirat serta dalam berbagai bidang kehidupan melalui amal soleh.
Baca Juga: Amalan Sunnah pada Hari Jumat
Nah, salah satu corak amal soleh untuk menuju kejayaan ini adalah dengan berpuasa di samping ibadah-ibadah lainnya dalam bulan seribu bulan yang kita mula lalui hari ini.
Setiap hari, sedar ataupun tidak, sekurang-kurangnya kita mendengar panggilan ke arah kejayaan sebanyak lima kali iaitu ketika bilal mengumandangkan azannya.
Tempatnya yang tepat ialah ketika dia menyerukan dengan suara yang merdu dan lantang _hayya ‘alal falah_ (marilah kita menuju kejayaan).
Yang menarik perhatian ialah seruan kepada kejayaan itu datangnya selepas seruan kepada kewajipan asasi seorang Muslim iaitu persaksian akan tiada tuhan yang berhak untuk disembah selain Allah dan juga persaksian akan kerasulan Muhammad SAW.
Baca Juga: [Hadits Arbain ke-8] Mengajak Kepada Kalimat Syahadat
Ini ditambah dengan seruan mendirikan sembahyang yang mana ianya sebagai tiang agama.
Ini bererti, menurut hemat saya, apabila telah cukup syarat-syarat asas tertentu, kita layak untuk diseru menuju kepada suatu kejayaan. Persaksian telahpun ada dan solatpun sudah didirikan, rnaka dari itu seruan ke arah kejayaanpun dikumandangkan. Kejayaan ini bermacam corak warnanya. Ada yangbersifat politik, ekonomi ataupun budaya.
Untuk yang pertama fenomenanya menjelma dalam penubuhan suatu kerajaan dengan kestabilan dan keamanannya kedua, melalui kewujudan keadilan sosial dalam erti kesamarataan pembagian kekayaan negara dan ketiga, dalam bentuk keharmonian hidup bermasyarakat.
Salah satu faktor yang membentuk keharmonian hidup bermasyarakat adalah pelaksanaan ibadah puasa di bulan Ramadan ini di mana seluruh umat Muslim dan bukan Islam berasakan sesuatu yang tidak pernah. Bahkan tidak akan pernah dijumpai pada bulan lainnya.
Baca Juga: Tertib dan Terpimpin
Fenomena kejayaan yang hadir setiap tahun ini ialah kesanggupan diri Muslim untuk mengalahkan nafsunya secara perseorangan mahupun secara kolektif.
Kejayaan menahan mengekang hawa nafsu ini menandakan keiltizaman seorang Muslim menghasilkan buahnya setelah selama 11 bulan sebelumnya agak kurang terkawal dalam erti kesungguhan ketakwaannya dalam keadaan minimum.
Seperti dimaklumi kewajiban puasa Ramadan datangnya selepas kewajipan solat lima waktu. Kewajiban mengeluarkan zakatpun selepas perintah kewajipan solat. Bahkan berjihad secara fizikalpun diwajibkan setelah perintah kewajipan solat. Ini selaras dengan seruan ke arah kejayaan mestilah datang selepas syarat-syarat asas dipenuhi.
Banyak kejadian dalam sejarah Islam yang mana kaum Muslimin memperoleh kejayaan pada bulan Ramadan. Sebagai contoh, perang pertama mereka di Badar melawan kaum Musyrik Quraisy.
Baca Juga: [Hadits Arbain ke-7] Agama itu Nasihat
Perang ini dipimpin sendiri oleh baginda Rasulullah SAW dan kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Perang Badar ini mempunyai sejarahnya tersendiri sebagai sempadan terpisahnya kubu al-Haq dan kubu al-Bathil. Peristiwa lainnya yang menunjukkan kejayaan Muslimin di awal sejarahnya pada bulan suci ialah penaklukan Kota Makkah dan hancurnya Masjid al-Dirar.
Akhirnya, kalau kita memberikan berbagai-bagai pingat, pangkat dan gelaran kesarjanaan kepada orang-orang yang berjaya, Allah juga menyiapkan darjat khusus bagi shaimin dan shaimat dengan memasukkan mereka ke syurga melalui pintu istimewa dinamakan al-Rayyan.
Rasulullah SAW suatu hari bersabda, mafhumnya: “Di syurga itu ada satu pintu yang diberi nama al-Rayyan. Pada hari kiamat akan terdengar seruan yang mengatakan manakah orang-orang yang berpuasa? Sehingga sampai orang (yang berpuasa) terakhir masuk melalui pintu itu barulah ditutup,” (Hadis riwayat Bukhari & Muslim).
“Ya Allah! Mudahkanlah kepada kami jalan menuju ke arah kejayaan dan masukkanlah kami ke syurga-Mu melalui pintu Al-Rayyan berkat Bulan Seribu Bulan ini.” Amin! (A/Haq/RS2)
Baca Juga: Pentingnya Memahami Fiqih Jual Beli dalam Berdagang
BSB, 02 Ramadan 1444 H. /24 Mac 2023 M.
Mi’raj News Agency (MINA)
Baca Juga: Selesaikan Masalahmu dengan Sabar dan Shalat