Image for large screens Image for small screens

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Damai di Palestina = Damai di Dunia

ADVERTISEMENT

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Cermin Ketakwaan Setiap Mukmin (Tazkirah Menjelang Buka 09)

Ali Farkhan Tsani - Jumat, 31 Maret 2023 - 17:20 WIB

Jumat, 31 Maret 2023 - 17:20 WIB

5 Views

Oleh : Prof Madya Dr Abdurrahman Haqqi,

Wakil Pengarah Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i, UNISSA Brunai Darussalam

LAZIMNYA  kesedaran kita pada bulan Ramadan yang mulia ini lebih tinggi berbanding bulan lain, sehingga kita sering beranggapan  bahawa perbuatan dan perkataan liar dalam bulan suci ini didorong oleh syaitan.

Sedangkan syaitan dalam bulan yang mulia ini ‘dibebastugaskan’ oleh Allah dengan cara dibelenggu atau digari. Nabi SAW bersabda yang bermaksud pada bulan Ramadan ini pintu syurga dibuka, sebaliknya pintu neraka ditutup dan syaitan dibelenggu.

Baca Juga: Amalan Sunnah pada Hari Jumat

Jadi mengapa masih ada maksiat dan perbuatan mungkar pada bulan syaitan dibelenggu ini?

Jawapannya kerana bulan Ramadan adalah cermin bagi setiap mukmin sama ada dia sudah dikalahkan oleh syaitan selama sebelas bulan dalam setahun. Sehingga sifat syaitan dan mendarah daging dengannya ataupun dia menang dalam peperangan berkenaan sehingga menimbulkan ketakwaan.

Syaitan dan iblis menjadi lawan Allah dan malaikat. Golongan pertama adalah  golongan sesat dan ‘penyesat’ manakala golongan kedua ialah golongan yang lurus.

Golongan pertama sudah menjadi sinonim dengan kebatilan dan kemungkaran manakala golongan kedua sinonim dengan hak atau kebenaran serta kemakrufan. Golongan pertama mengajak manusia menuju ke neraka sedangkan yang kedua mengajak manusia ke syurga.

Baca Juga: [Hadits Arbain ke-8] Mengajak Kepada Kalimat Syahadat

Menurut al-Quran, jin itu ada yang taat kepada Allah dan ada pula yang durhaka.

Menurut jumhur ulama, yang taat disebut jin manakala yang durhaka disebut syaitan. Di dalam surah an-Nas, syaitan itu terbahagi dua, iaitu syaitan manusia dan syaitan daripada golongan jin.

Allah menerangkan menerusi kitab suci al-Quran berhubung tingkah laku syaitan melalui 46 ayat; permusuhan syaitan terhadap manusia (11 ayat); dan gangguan terhadap manusia (93 ayat).

Allah juga menamakan salah satu surah al-Quran dengan nama surah al-Jin, iaitu surah yang ke-72 daripada urutan 114 surah dengan 28 ayat dan diturunkan di Makkah.

Baca Juga: Tertib dan Terpimpin

Nabi SAW sebagai penjelasan terhadap kandungan al-Quran, bersabda yang bermaksud: ‘Malaikat itu diciptakan daripada apa yang disifatkan (Allah) kepadamu sebagaimana diterangkan al-Quran).

Ibnu Abbas dalam menjelaskan kewujudan jin dan sekutunya pernah berkata bahawa golongan pertama yang ada di bumi adalah jin lalu mereka meruksak dan menumpahkan darah. Maka diutuslah malaikat untuk memerangi sebahagian daripada rnereka dan mengusirnya hingga mereka terpaksa tinggal di pulau, hutan serta gunung-gunang.

Kemudian Allah, berfirman: ‘Aku akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi’. Sehingga ada pertanyaan daripada malaikat: ‘Apakah tidak mungkin akan timbul lagi perusuh yang merosak dan saling membunuh di antara rnereka?’

Sementara itu. Abdullah ibn Umar berkata: ‘Dulu sebelum Adam berada di bumi, bumi ini sudah didiami jin kira-kira 2.000 tahun sebelum Adam. Maka terjadilah pelbagai rusuhan dan pembunuhan, sehingga Allah mengutus tentera malaikat untuk menghalau jin ke pulau, laut dan gunung-ganang. (A/Haq/RS2)

Baca Juga: [Hadits Arbain ke-7] Agama itu Nasihat

BSB, 09 Ramadan 1444H/31 Maret  2023M

Mi’raj News Agency (MINA)

Baca Juga: Pentingnya Memahami Fiqih Jual Beli dalam Berdagang

Rekomendasi untuk Anda

Tausiyah
Indonesia
Indonesia