Image for large screens Image for small screens

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Damai di Palestina = Damai di Dunia

ADVERTISEMENT

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Lailatul Qadar Malam Penuh Kemulian (Tazkirah Menjelang Buka #21)

Rana Setiawan - Rabu, 12 April 2023 - 22:56 WIB

Rabu, 12 April 2023 - 22:56 WIB

2 Views

Oleh: Prof Madya Dr Abdurrahman Haqqi, Wakil Pengarah, Pusat Penyelidikan MazhabSyafi’i, UNISSA Brunai Darussalam

Selepas mengesahkan Al-Quran diturunkan pada suatu malarn yang penuh dengan kemuliaan Allah bertanya kepada kita: “Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?”‘ Tentu saja. kita sebagai ciptaan-Nya akan tersentak dengan pertanyaan itu.

Alhamdulillah, dengan sifat pemurah dan pengasih Allah, Dia tidak membiarkan hamba-Nya dalam keadaan serba salah karena terkilan tidak dapat menjawab soalan itu. Dia pun memberitahu kita bahwa malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan yaitu pada malam itu para malaikat dan Jibril AS dengan kebenaran Tuhan mereka turun untuk mengatur segala urusan. Pada malam itu kesejahteraan memenuhi bumi dan langit hingga terbit fajar.

Malam kemuliaan itu dikenali sebagai malam Lailatul Qadar iaitu suatu rnalam yang penuh kernuliaan, kebesaran kerana pada malarn itu permulaan turunnya Al-Quran dan ianya lebih baik daripada seribu bulan.

Baca Juga: Ini Doa Terbaik Dari Keluarga untuk Jamaah Yang Pulang Umrah

Dengan itu, kita pun digalak mencari Lailatul Qadar kerana siapa yang menemukannya akan mencapai kesempurnaan hidup. Oleh karena Lailatul Qadar perlu dicari dengan penuh kesungguhan malah kalau perlu semua malam hari Ramadhan diisi dengan perbuatan baik agar tidak luput daripada kesempurnaan hidup itu.

Kita diberitahu bahawa ketika baginda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam menceritakan mengenai seorang hamba daripada umat terdahulu sanggup beribadah tanpa berhenti ataupun berehat selama seribu tahun atau lebih 83 tahun, para sahabat terperanjat hairan dan mereka pun ingin melakukan seperti apa yang dilakukan oleh abid atau ahli ibadah berkenaan.

Dengan kurnia Allah, umat Islam mendapatkan pahala beribadat selama seribu bulan itu dengan hanya mencari satu malam pada bulan Ramadan.

Sepuluh hari terakhir bulan Ramadan ini adalah saat datangnya malam Lailatulqadar terutama sekali pada malam-malam ganjilnya.

Baca Juga: [Hadits Arbain ke-20] Tentang Istiqamah

Kurniakan kami Lailatul Qadar Ya Allah.

BSB, 21 Ramadan 1444H/12 April 2023M.

(AK/RS2/R1)

Mi’raj News Agency (MINA)

Baca Juga: Hijrah Hati dan Diri: Panduan Syariah untuk Transformasi Spiritual dan Pribadi

Rekomendasi untuk Anda

Tausiyah
Indonesia
Indonesia