Image for large screens Image for small screens

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Damai di Palestina = Damai di Dunia

ADVERTISEMENT

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Lailatul Qadar Malam Rahmat (Tazkirah Menjelang Buka #17)

Ali Farkhan Tsani - Sabtu, 8 April 2023 - 15:19 WIB

Sabtu, 8 April 2023 - 15:19 WIB

2 Views

Oleh : Prof Madya Dr Abdurrahman Haqqi,
Wakil Pengarah Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i, UNISSA Brunai Darussalam

RAMADAN dipilih oleh Allah sebagai bulan diturunkannya Al-Quran kepada seorang manusia bernama Muhammad yang kemudian menjadi Rasul atau utusan Allah terakhir.

Bagi mendapatkan berkat dan rahmat Allah pada hari ketujuh belas bulan seribu bulan ini, mari kita mengimbas kembali ingatkan kita mengenai sejarah turunnya Al-Quran.

Ahli falak dan sejarah muslim telah menghisab bahawa kelima-lima ayat Al-Quran pertama yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW pada malam 17 Ramadan tahun 13 sebelum Hijiriyah bertepatan 6 Agustus 610 Masihi.

Baca Juga: Amalan Sunnah pada Hari Jumat

Pada saat menerima wahyu pertama itu, usia Rasulullah SAW sudah mencapai 40 tahun 6 bulan 8 hari menurut tahun syamsiyyah.

Diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah ketika mencapai usia 40 lebih banyak berdiam diri berbanding waktu sebelumnya.

Ketika bulan Ramadan tiba dibawanya bekalan yang lebih banyak daripada biasa kerana berdiam diri di gua Hira lebih lama daripada waktu sebelumnya.

Dalam melakukan perenungan itu, kadang kala beliau bermimpi yang benar.

Baca Juga: [Hadits Arbain ke-8] Mengajak Kepada Kalimat Syahadat

Nabi Muhammad SAW adalah utusan penghabisan untuk umat manusia. Karena itu tidak heranlah apabila risalahnya dimulai dengan menyeru mereka kepada keesaan Tuhan yang menguasai seluruh alam.

Ajarannya menyatakan mengenai Tuhan berhak disembah yang memberi petunjuk kepada semua golongan umat manusia di semua tempat serata-ratanya dan tidak dikhususkan untuk sesuatu tempat tertentu atau golongan umat manusia tertentu sahaja. Ajaran yang dibawa Muhammad adalah Universal.

Al-Quran diwahyukan kepada Muhammad SAW sama ada melalui direct connection ke hatinya atau melalui penjelmaan malaikat sebagai lelaki atau melalui malaikat dalam bentuk sebenar atau wahyu itu datang kepadanya seperti gemercingnya loceng.

Malam turunnya Al-Quran disebut sebagai Lailatul Qadar” atau “Malam Kemuliaan”. Malam itu juga dikenali sebagai malam yang diberkati atau lailatun mubarukah sebagaimana disebut ayat 3 surah Ad-Dukhan.

Baca Juga: Tertib dan Terpimpin

Nilai Al-Quran sebagai kalamullah sangat tinggi. Ia tak akan bertambah maupun berkurang daripada apa yang wujud sekarang. Al-Quran yang berada di “Lauhul Mahfuz “adalah al-Quran yang ada dengan kita. Al-Quran yang ada pada zaman nabi adalah Al-Quran yang kita baca sekarang tidak lebih dan tidak kurang.

Wahai Tuhan, jadikan Al-Quran dengan keberkatan bulan suci-Mu ini sebagai imam kami dalam menuju kejayaan yang Engkau ridhai. Amin. (A/Haq/RS2)

BSB, 17 Ramadan 1444H/8 April 2023M

Mi’raj News Agency (MINA)

Baca Juga: [Hadits Arbain ke-7] Agama itu Nasihat

Rekomendasi untuk Anda