Image for large screens Image for small screens

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Damai di Palestina = Damai di Dunia

ADVERTISEMENT

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Masa Sesuai Mohon Ampun Kepada Allah (Tazkirah Menjelang Buka 11)

Ali Farkhan Tsani - Ahad, 2 April 2023 - 16:07 WIB

Ahad, 2 April 2023 - 16:07 WIB

3 Views

Oleh : Prof Madya Dr Abdurrahman Haqqi,

Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i, UNISSA Brunai Drussalam

BULAN pertengahannya maghfirah, maksud sabda Rasulullah SAW. Hari ini adalah hari kesebelas daripada Bulan Seribu Bulan yang kita laksanakan puasanya sekarang. Semoga puasa kita sepuluh hari lalu sudah dimakbulkan Allah Subhana wata’ala. Amin.

Hari kesebelas ini adalah hari permulaan daripada penggal kedua daripada tiga penggal bulan suci Ramadan. Rasulullah SAW membahagikan bulan Ramadan kepada tiga bahagian yang mana permulaannya adalah rahmat, pertengahannya maghfirah dan akhirnya pembebasan daripada api neraka seperti yang disebut pada hari pertama siri tazkirah ini.

Baca Juga: Amalan Sunnah pada Hari Jumat

Setelah sepuluh hari kita berpuasa dalam rahmat Ilahi, sekaranglah masanya untuk meminta keampunan-Nya. Sememangnya jika kita hendak meminta keampunan daripada sesiapapun kita mestilah mendekatinya dengan perbuatan yang baik. Pelaksanaan puasa di sepanjang sepuluh hari lalu sudah melayakkan kita untuk meminta keampunan itu.

Maka, walaupun pintu maghfirah mula dibuka hari ini, ia tidak bererti maghfirah pada waktu lain tidak dibuka. Maghfirah Ilahi selalu terbuka. Yang menjadikan maghfirah pada hari kesebelas ini agak istimewa kerana ia datang di tengah-tengah di antara rahmat dan pembebasan daripada api neraka. Ini menunjukkan pentingnya maghfirah Ilahi itu yang dengannya kita akan terlepas daripada seksaan api neraka.

Maghfirah adalah lawannya dosa. Jika dosa adalah perbuatan yang bertentangan dengan hukum Tuhan dan agama, maghfirah adalah penghapusnya. Jika dosa sudah melekat sebati dengan manusia, pemberian maghfirah adalah sifat Ilahi. Jika manusia adalah lautan dosa, Tuhan adalah lautan maghfirah.

Baginda Rasulullah SAW ditanya oleh seorang sahabat: “Bagaimana caranya supaya dosaku berkurangan?” Jawab baginda: “Banyakkanlah beristighfar nescaya berkuranglah dosamu.” (Hadis riwayat Ahmad)

Baca Juga: [Hadits Arbain ke-8] Mengajak Kepada Kalimat Syahadat

Kita sudah biasa dengan dua bait syair yang dipopularkan dengan rnerdunya selepas sembahyang Jumaat di beberapa tempat di Nusantara. Kedua-dua bait syair itu adalah hasil cipta Abu Nawas dan berbunyi: Ilahi lastu lil firdausi ahlan – wala aqwa ‘alan naril jahimi. Fahab li tawbatan waghfir zunubi – fa innaka ghafiruz zambil ‘adzimi. Ertinya: “Tuhanku, tiada layak syurga bagiku, Tetapi aku tak sanggup menahan panasnya api neraka. Anugerahkan kepadaku ketaubatan dan ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun akan dosa besar.

Ampun, pengampunan, meminta ampun, Yang Maha Pengampun yang kesemuanya berasal dari perkatasn Arab gha-fa-ra disebut dalam al-Quran sebanyak 122 kali dalam 43 surah daripada 114 surah al-Quran. Jadi hampir separuh surah Quran memperkatakan maghfirah. Ini membuktikan pentingnya maghfirah bagi Tuhan sebagai Pencipta dan bagi manusia ciptaan-Nya.

Untuk itu, Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah: Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, jangalah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang. (Surah Al-Zumar: 53)

Mereka yang berpuasa termasuk ke dalam golongan orang yang disiapkan untuk mereka suatu keampunan dan pahala besar. Firman Allah yang maksudnya: “Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim; lelaki dan perempuan yang mukmin; lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya; lelaki dan perempuan yang benar; lelaki dan perempuan yang sabar; lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah; lelaki dan perempuan yang berpuasa; lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya; lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama Allah), Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Ahzab: 35)

Baca Juga: Tertib dan Terpimpin

Janji Tuhan yang pasti dibuktikan untuk hamba-Nya supaya mereka selalu berbuat baik adalah dengan memberikan ‘habuan’ maghfirah ini. Setiap amal soleh muslim pasti dijanjikan dengan maghfirah dan maghfirah ini adalah tanda akan keredaan Ilahi, matlamat terakhir setiap muslim. Setiap muslim akan berjuang ke akhir hayat kerananya.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Barangsiapa berpuasa kerana keimanannya dan mengharapkan keredaan (Tuhan), pasti dosa-dosa yang lalu diampunkan. (Hadis riwayat Ahmad)

Ya Allah, berkat Bulan Seribu Bulan ini ampunilah dosa-dosa kami, orang tua kami keluarga kami dan seluruh kaum Muslimin. Dan tetapkanlah kami menjadi orang-orang yang Engkau redai. Amin. (A/Haq/RS2)

11 Ramadan 1444H/2 April 2023M

Baca Juga: [Hadits Arbain ke-7] Agama itu Nasihat

Mi’raj News Agency (MINA)

Rekomendasi untuk Anda

Tausiyah
Indonesia
Indonesia