Image for large screens Image for small screens

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Damai di Palestina = Damai di Dunia

ADVERTISEMENT

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Memahami Al-Quran, As-Sunnah Menerusi Mantiq (Tazkirah Menjelang Buka #28)

Rana Setiawan - Rabu, 19 April 2023 - 15:17 WIB

Rabu, 19 April 2023 - 15:17 WIB

21 Views

دراسة القرآن - kayfa2z.com -

Oleh: Prof Madya Dr Abdurrahman Haqqi, Wakil Pengarah Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’I, UNISSA, Brunai Darussalam

Adakah anda menjumpai perbedaan pemahaman dan gambaran mengenai dua kalimat berikut yakni ‘Umat Islam digalakkan membuka akun / rekening di perbankan’ dan ‘Umat Islam digalakkan membuka akaun di BIBD(Bank Islam Brunei Darussalam)?’

Tentunya anda faham daripada kalimat pertama bahwa umat Islam disarankan untuk membuka rekening di mana-mana bank. Tetapi dalam kalimat kedua anda hanya mengerti bahwa umat Islam disarankan membuka rekening di BIBD saja. Bukankah begitu?

Dalam ilmu mantiq kalimat pertama termasuk dalam kategori al-jins, manakala kalimat kedua dalam kategori an-nau. Jadi apa itu al-jins dan apa pula an-nau? Al-jins atau ‘jenis’ dalam ilmu mantiq adalah golongan benda yang mempunyai sifat yang sama atau bersama bangsa yang berada di atas an-nau’ dari segi keumumannya. Sementara itu, an-nau‘ atau ‘macam’ adalah golongan satu benda yang mempunyai sifat yang sama, tetap dan tersendiri di bawah al-jins. (Lihat al-Mu’jam al-Asasi).

Baca Juga: Tertib dan Terpimpin

Dalam contoh tersebut, perbankan adalah ‘jenis’ karena ia banyak institusinya manakala BIBD adalah ‘macam’ karena ia berada di bawah kategori perbankan. Persamaan jenis nampak jelas, misalnya dalam bentuk barhad/terbatas dan persamaan ‘macam’ juga jelas misalnya, dalam jenama BIBD.

Jika perbincangan di atas adalah aplikasi praktik kehidupan kita sehari-hari, bagaimana dengan pemahaman teks al-Quran dan Sunnah dalam bentuk ‘jenis’ dan ‘macam’ terbabit?

Banyak perbedaan pendapat ulama yang berdasarkan perbedaan ‘jenis’ dan ‘macam’ dalam memahami teks Al-Quran dan Sunnah. Masalah riba dan penggunaan alkohol akan kita jadikan contoh pembahasan.

Riba yang diharamkan Al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 275 mempunyai dua pembabitan hukum iaitu pembabitan hukum jenis dan macam.

Baca Juga: [Hadits Arbain ke-7] Agama itu Nasihat

Andainya kita mengertikan riba sebagai semua jenis lebihan maka akan susahlah umat Islam.

Kerana jika semua bentuk lebihan haram maka pinjam-meminjam dan jual-beli dengan harga tangguh akan haram hukumnya.

Tetapi jika kita mengertikan riba sebagai satu macam lebihan maka umat Islam akan banyak mendapati kelonggaran dan kemudahan dalam muamalah mereka.

Karena yang dilarang hanya satu macam saja manakala ‘macam’ lain yang berada dalam jenis lebihan hukumnya harus.

Baca Juga: Pentingnya Memahami Fiqih Jual Beli dalam Berdagang

Permasalahan ‘jenis’ dan ‘macam’ dalam riba sangat luas pembahasannya. Ia mempunyai banyak kepelbagaian seperti menukar sehelai baju berjenama Arrow dengan lima helai baju tidak berjenama, walaupun kualiti dan modelnya sama.

Begitu juga satu kilogram beras wangi dengan dua kilogram setengah beras biasa. Kedua-dua contoh ini ada dalam alam nyata kehidupan kita. Yang pasti penjual baju Arrow tidak mahu menukarkannya dengan baju biasa begitu juga dengan penjual beras wangi kerana walaupun barang berkenaan sama jenisnya tetapi dari sudut ‘macam’ mereka berbeza. Pertanyaannya, apakah pengharaman riba, ‘jenis’ atau ‘macam?’

Contoh lain adalah alkohol. Dengan mengiaskan alkohol kepada khamar segolongan ulama mengharamkan pengguna minyak wangi beralkohol kerana wujudnya kesamaan jenis kedua-dua benda itu. Tetapi ia ditolak oleh sebahagian ulama.

Mereka membedakan antara alkohol sebagai ‘jenis’ dan khamar sebagai ‘macam’. Yang diharamkan al-Quran menerusi ayat 90 surah al-Maidah adalah ‘macam’ bukannya ‘jenis’ kerana khamar adalah salah satu ‘macam’ jenis alkohol. Jika pengharaman ditujukan kepada alkohol maka bidang perubatan akan banyak menghadapi masalah.

Baca Juga: Selesaikan Masalahmu dengan Sabar dan Shalat

Untuk memecahkan kebuntuan pemikiran Islam amnya dan hukum-hakam khasnya yang direfleksikan kepada teks al-Quran dan as-Sunnah sememangnya kita memerlukan keahlian berfikiran logik dengan mempelajari ilmu mantiq.
Wallahu a’lam

BSB, 28 Ramadan 1444H/19 April 2023M

 

Mi’raj News Agency (MINA)

Baca Juga: Cinta Dunia dan Takut Mati

Rekomendasi untuk Anda

Kolom
Indonesia
Indonesia
Khadijah
Kolom