Image for large screens Image for small screens

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Damai di Palestina = Damai di Dunia

ADVERTISEMENT

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Membersihkan Diri Tuntutan Ramadhan (Tazkirah Menjelang Buka #24)

Ali Farkhan Tsani - Sabtu, 15 April 2023 - 23:08 WIB

Sabtu, 15 April 2023 - 23:08 WIB

4 Views

Oleh : Prof Madya Dr Abdurrahman Haqqi, Wakil Pengarah, Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i, UNISSA, Brunai Darussalam

MEMANG pada hari-ha­ri awal baginda Rasul­ullah SAW di Madinah, bagin­da begitu sibuk dalam bidang-bidang sosial, ekonomi, budaya, di samping tugas utama terus menyebarkan syiar Islam.

Disebabkan masyara­kat Islam sudah wujud, maka sudah tiba masa­nya bagi Nabi Muham­mad untuk menentukan dasar-dasar yang kuat dan kukuh untuk diikuti oleh masyarakat Islam yang masih baru meng­hayatinya.

Dasar itu dibuat pada ketika perkembangan Islam di Madinah. Turunlah wahyu Ilahi yang mengandungi perintah berzakat, berpuasa dan hukum-hakam yang ber­kaitan dengan pelanggaran atau larangan dan berbagai aspek yang di­titikberatkan oleh Islam.

Baca Juga: Amalan Sunnah pada Hari Jumat

Boleh dikatakan seba­hagian besar ayat-ayat yang diturunkan dalam era Islam di Madinah berkaitan pembentukan dan pembinaan hukum Islam. Jika ada ayat yang belum jelas dan belum ada keterangannya se­cara terperinci, dijelaskan oleh Rasulullah dengan perkataan, perbuatan dan keteta­pan baginda. Natijah­nya, timbul daripadanya dua buah sumber yang menjadi pegangan hu­kum Islam iaitu Kita­bullah dan Sunnah Ra­sulullah.

Dengan ditetapkan da­sar-dasar ekono­mi, sosial, agama dan lain-lain, maka semakin teguhlan bentuk masya­rakat Islam, sehingga da­ri sehari ke sehari pe­ngaruh agama Islam di Madinah semakin ber­tambah besar dan kukuh.

Akhir-akhir ini banyak kita dengar ceri­ta mengenai orang bu­kan Islam terpikat de­ngan amalan berpuasa pada Ramadan sehingga ramai antara mereka memeluk agama fitrah, Islam.

Mereka berkata apa yang menarik ialah sikap kemesraan orang Islam yang sering bersama lebih-lebih pada Rama­dhan.

Baca Juga: [Hadits Arbain ke-8] Mengajak Kepada Kalimat Syahadat

Menurut mereka, orang Islam saling bangun-membangunkan untuk bersahur, sibuk mengejutkan jiran dengan te­riakan sahur! sahur! sa­hur!

Orang Islam juga se­cara spontan tidak ma­kan dan minum lagi se­lepas waktu imsak dan pada siang hari. Malah tidak seorang pun orang Islam berani-berani me­ngajak, memerintah, mempelawa ataupun menyediakan makanan. Masing-masing tahu ke­wajibannya dan bagaimana mereka sibuk ke­tika berbuka puasa. Go­longan wanita sibuk di dapur menyediakan menu manakala golongan lelaki sibuk membaca al­-Quran sementara me­nunggu azan.

Satu perkara yang amat menarik panda­ngan kaum bukan Islam ialah ketakwaan mereka apabila seiring ke surau atau masjid untuk menu­naikan shalat Tarawih.

Semuanya ini dan ba­nyak perkara lagi yang menarik perhatian kaum bukan Islam untuk memeluk Islam. Ini adalah pengakuan mereka.

Baca Juga: Tertib dan Terpimpin

Memang Rama­dhan mempunyai ciri ter­sendiri dari zaman ke zaman tidak terlepas daripada arti Ramadhan itu tersendiri yaitu pem­bakaran atau pemanas­an dosa-dosa.

Ramadhan diwajibkan Allah kepada kaum Mus­limin selepas Nabi Mu­hammad berhijrah dan bermukim di Madinah se­lama dua puluh bulan yakni pada tahun kedua Hijrah.

Ketika Rasulullah tiba di Madinah, baginda mendapati orang Yahudi Madinah berpuasa pada tanggal sepuluh Muha­rram atau puasa Asyura’. Beliaupun bertanya me­ngenainya lalu mereka pun menjawab: “Pada hari ini Allah telah menyelamatkan Nabi Musa.”

Nabi pun bersabda: “Kami lebih berhak ber­puasa bagi pihak Musa daripada kalian.” Kemudian beliau berpuasa dan memerintahkan kaum Muslimin untuk berpuasa Asyura’. (HR Bukhari dan Muslim)

Baca Juga: [Hadits Arbain ke-7] Agama itu Nasihat

Menurut Muaz ibn Ja­bal seperti yang diriwa­yatkan Imam Ahmad, Al­lah mewajibkan solat dan puasa masing-ma­sing dalam tiga pering­kat. Untuk puasa, pering­kat kedua adalah apa yang diceritakan di atas manakala peringkat per­tama adalah puasa tiga hari setiap bulan dan peringkat ketiga puasa Ramadan.

Allah berfirman: “Wahai orang -orang yang beriman, diwajib­kan ke atas kamu berpuasa sebagaimana di­wajibkan ke atas orang­-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa,”. (QS Al-Ba­qarah: 183)

Dengan firman Allah yang bermaksud ‘supaya kamu bertakwa’ diharap­kan amalan berpuasa dapat membersihkan diri daripada sifat tercela di samping memelihara dan meningkatkan sifat terpuji sebagaimana umat Islam generasi pertama telah buktikan.

Semoga. (A/Haq/RS2)

Baca Juga: Pentingnya Memahami Fiqih Jual Beli dalam Berdagang

BSB, 24 Ramadan 1444H/ 15 April 2023M

Mi’raj News Agency (MINA)

Baca Juga: Selesaikan Masalahmu dengan Sabar dan Shalat

Rekomendasi untuk Anda

Indonesia
Indonesia
Indonesia
Kolom
Tausiyah