Oleh : Prof Madya Dr Abdurrahman Haqqi,
Wakil Pengarah, Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i, UNISSA, Brunai Darussalam
SEBELUM menjawab pekerjaan atau menyertai institusi pengajian, seseorang calon akan disaring terlebih dulu bagi memastikan personaliti dan kelayakanya memegang jawatan itu. Jika lulus, calon berkenaan pasti berasa gembira. Begitu juga dengan amalan puasa.
Ada ahli Tasawuf menyatakan bahawa setiap mukmin pasti binasa kecuali mukmin yang beramal dengan ikhlas.
Baca Juga: Amalan Sunnah pada Hari Jumat
lkhlas ertinya melakukan sesuatu dengan hati suci, jujur, reda dan tulus tanpa mengharapkan balasan. Tetapi, apakah beramal tanpa mengharapkan balasan dapat dilaksanakan?
Ahli Sufi berpendapat jika seseorang beramal kerana orang lain, beliau akan dijangkiti penyakit riak manakala jika ia meninggalkan amal kerana sesuatu selain Allah ia dianggap syirik. Ria dan syirik akan membinasakan insan.
Jalan penyelesaianya ialah berpuasa pada bulan Ramadan. Amalan itu secara langsung membolehkan seseorang mengukuhkan kawalan diri dan menumpukan amalan hanya kepada Allah SWT.
Puasa Ramadan adalah kursus bagi setiap muslim untuk menguatkan diri meneruskan amalan itu pada hari mendatang bagi mencapai matlamat mencari keridhaan Allah.
Baca Juga: [Hadits Arbain ke-8] Mengajak Kepada Kalimat Syahadat
Ramadan juga berupaya membersihkan diri seseorang daripada sebarang kepercayaan, perbuatan dan perkataan yang tidak layak dimiliki oleh orang Islam dengan berkesan kerana bulan itu mempuyai keistimewaan tersendiri.
Bayangkan, selama sebulan seluruh muka bumi menjadi tuan rumah bagi tetamu agung itu. Dimana ada masyarakat Islam, kemeriahan menerima tamu itu jelas terbayang seperti kemeriahan menunggu waktu berbuka, bertarawih, bertadarus bersama-sama.
Ramadan juga dinantikan oleh umat islam yang beriman untuk memperbaiki amalan dan diri, terutama beribadat seikhlas mungkin.
Tahapan ikhlas itu perlu diusahakan oleh setiap umat Islam kerana ia adalah sifat nabi dan rasul yang diutuskan Allah seperti firman-Nya dalam al-Quran surah al-Zumar ayat 11, mahfumnya: “Katakanlah, sesungguhnya aku diperinahkan supaya menyembah Allah dengan ketulusan hati kepada-Nya dalam beragama.”
Baca Juga: Tertib dan Terpimpin
Oleh itu, ibadat puasa sepanjang Ramadan dapat mengikis perasaan angkuh dan sombong, untuk digantikan sifat sabar, taat dan tawaduk. Dalam mendidiknya berusaha mencapai kesempuranaan hidup di dunia dan akhirat, sekaligus mendapat keredaan Allah.
Jesteru itu, kehangatan Ramadan akan selalu terasa bukan saja di sanubari setiap umat Islam malah golongan bukan Islam juga.
Wallahu a’lam. (A/Haq/RS2)
BSB, 18 Ramadan 1444H/9 April 2023M
Baca Juga: [Hadits Arbain ke-7] Agama itu Nasihat
Mi’raj News Agency (MINA)