Image for large screens Image for small screens

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Damai di Palestina = Damai di Dunia

ADVERTISEMENT

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Waktu Terbaik untuk Berdoa (Tazkirah Menjelang Buka #20)

Ali Farkhan Tsani - Selasa, 11 April 2023 - 18:55 WIB

Selasa, 11 April 2023 - 18:55 WIB

5 Views

Oleh : Prof Madya Dr Abdurrahman Haqqi,
Wakil Pengarah, Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i, UNISSA- Brunai Darussalam.

SIAPA yang tidak gementar jika mendengar api neraka dengan seksanya yang dahsyat. Bukan saja umat Islam malah umat agama lain pun tidak ingin masuk neraka. Mereka semua mengharapkan balasan syurga.

Neraka dan syurga adalah dua tempat yang sudah ditentukan Yang Maha Pencipta sebagai panduan anak-anak Adam untuk melakukan perbuatan baik dan menjauhi perbuatan buruk.

Neraka sebagai lawan syurga adalah alam akhirat tempat orang berdosa diseksa seperti penjara bagi penjahat di dunia. Oleh sebab neraka adalah api, maka bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu sebagaimana dijelaskan dalam al-Quran.

Baca Juga: [Hadits Arbain ke-25] Tentang Bersedekah Tidak Mesti dengan Harta

Selain itu, penjaga neraka ialah malaikat yang kasar, dan tidak mendurhakai Allah.

Kita tidak akan tahu dan tidak boleh tahu mengenai hal ehwal neraka melainkan ada nas al–Quran atau Sunnah mengenainya.

Hanya kedua-dua sumber ilmu inilah yang boleh dan wajib diimani kisah mengenai neraka dan persekitarannya. Neraka adalah perkara ghaib dan hanya Allah serta Rasul-Nya yang boleh menjelaskannya.

Menurut ulama aqidah, percaya kepada yang ghaib adalah mengiktikadkan adanya sesuatu yang wujud tetapi tidak dapat ditangkap oleh pancaindera, kerana ada dalil yang menunjukkan adanya seperti adanya Allah, malaikat, dan hari akhirat.

Baca Juga: Tafsir Surat Al-Fatihah: Makna dan Keutamaannya bagi Kehidupan Sehari-Hari

Jika ingin dianggap sebagai orang yang bertakwa kita mesti percaya yang ghaib ini. Dalil yang menujukkan adanya neraka sangat banyak dalam al-Quran mahupun Sunah.

Dalam al-Quran saja, neraka mempuyai tujuh nama dengan tujuh pintu yang setiap satu ditetapkan untuk golongan tertentu. Penjaganya sersmai 19 malaikat dengan sifat mereka yang disebutkan di atas.

Orang kafir akan dibawa ke neraka jahanam berombongan.

Orang yang menyombongkan diri tidak akan sepadan dengan orang berpuasa. Kedua-duanya bagaikan air dengan minyak kerana orang berpuasa selalu tawaduk, warak, rendah diri dan menyedari kedudukanya di hadapan Allah. Sedangkan orang takabur sebaliknya. Maka balasan bagi mereka adalah al-Nar atau jahanam kekal di dalamnaya.

Baca Juga: Tak Perlu Khawatir Tentang Urusan Dunia

Dengan rahmat Allah yang sudah dijanjikan oleh Rasulullah SAW pada awal permulaan Ramadan disusuli penggal pengampunan di bahagian kedua yang dimulai pada hari kesebelas. Maka datanglah penggal ketiga yang dimulai malam keduapuluh satu dan ia menjanjikan pembebasan shaimin daripada api nereka yang teramat panas.

“Wa Akhiru itqun minan nar “, sabda Rasulullah SAW sempena datangnya bulan yang penuh rahmat yang mafhumnya “dan di akhir bulan ini adalah pembebasan dari api neraka”.

Bebas dan terselamat daripada seksa neraka adalah tujuan akhir setiap insan muslim. Mereka akan mencucurkan air matanya di kala medoa ini kepada Tuhan.

Linangan air mata inilah yang akan memelihara mereka daripada neraka.

Baca Juga: [Hadits Al-Arbain ke-24] Tentang Haramnya Berbuat Zalim

Bukankah Rabbana atina fidunya hasanah wa fil akhrati hasanah wa Qinaazabnar yang berarti : Wahai Tuhan kami anugrahkan kepada kami kebahagian kami didunia dan diakhirat dan peliharalah kami dari seksaan api neraka.

Dan waktu yang tepat untuk dimustajabkan doa berkenaan pada waktu berpuasa sekarang. “Ya Allah terimalah doa kami”. (A/Haq/RS2)

BSB, 20 Ramadan 1444H/11 April 2023M

Mi’raj News Agency (MINA)

Baca Juga: Keutamaan Menulis: Perspektif Ilmiah dan Syari

Rekomendasi untuk Anda

Kolom
Kolom
Kolom
Indonesia