Image for large screens Image for small screens

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Damai di Palestina = Damai di Dunia

ADVERTISEMENT

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Awal Ramadhan Membawa Banyak Rahmat Dan Hikmat (Tazkirah Sebelum Buka 01)

Ali Farkhan Tsani - Kamis, 23 Maret 2023 - 17:12 WIB

Kamis, 23 Maret 2023 - 17:12 WIB

18 Views

Oleh: Acc. Prof Dr Abdurrahman Haqqi, Wakil Pengarah, Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i, UNISSA Brunei Darussalam

Jika media massa sekarang sudah wujud pada zaman kenabian Muhammad SAW, tidaklah mustahil baginda akan menggunakannya untuk menyampaikan risalah Islam pada bulan Ramadan yang suci ini.

Maka Rasulullah SAW akan bersabda seperti mana diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dengan sebuah catatan bahawa bulan Ramadan ini permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah maghfirah dan akhirnya adalah pembebasan daripada api neraka.

Pada permulaan Bulan Seribu Bulan ini, marilah kita sama-sama mencari daripada pengertian permulaan rahmatnya bulan Ramadan.

Baca Juga: Tertib dan Terpimpin

Rahmat diartikan oleh Kamus Dewan sebagai belas kasihan; kurnia: berkat: bahagia dan hikmat: faedah dan kegunaan.

Manakala kurnia pula membawa makna timbang rasa. Anugerah, pemberian (daripada Raja atau Allah) sebagai tanda kasih. Dan berkat pula bererti restu. Kesimpulannya rahmat membawa pengertian mengenai satu suasana yang senang dan aman, kemujuran dan tuah dalam suatu belas kasih.

Kata ‘rahmat’ disebut oleh al-Quran dalam bentuk mufrad atau tunggal dengan bersendirian atau idafah (disandarkan kepada benda lain) dan ma’rifah (diimbuhi alif lam) dalam bentuk marfu (dammah) atau mansub (fathah) atau majrur (kasrah) sebanyak 113 kali.

Daripada 113 kali ini, yang sangat biasa kita dengar adalah ayat yang berbunyi wa maa arsalnaka illa rahmatan lil alamin (Surah al-Anbiya: 107) yang bermaksud “Dan tiadalah kami mengutus kamu. melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.”

Baca Juga: [Hadits Arbain ke-7] Agama itu Nasihat

Justeru, di manakah suasana senang dan aman, kemujuran dan tuah dalam suatu belas kasihnya Bulan Seribu Bulan ini? Mari kita perhatikan beberapa realiti berikut:

Pertama, Allah mensyariatkan kewajipan berpuasa pada bulan Ramadan untuk menjadikan makhluknya yang bernama manusia sebagai makhluk bertaqwa.

Firman-Nya bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”. (Surah al-Baqarah: 183).

Ketakwaan adalah sumber kealiman atau banyaknya ilmu seseorang.

Baca Juga: Pentingnya Memahami Fiqih Jual Beli dalam Berdagang

Allah berfirman yang maksudnya: “Dan bertakwalah kepada Allah nescaya Allah mengajarimu.” (Surah al-Baqarah: 282).

Dan ini pun telah dinasihatkan oleh baginda Rasulullah kepada seorang badawi yang datang kepada baginda. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa suatu hari seorang badawi datang bertemu Rasulullah dan berkata: “Aku datang untuk bertanya kepadamu perkara yang boleh menguntungkan aku di dunia dan ikhirat”. Jawab baginda: “Tanyalah apa yang anda mahu.” Ujar badawi itu: “Bagaimana aku boleh menjadi orang yang paling mengetahui? Jawab baginda: “Bertakwalah anda kepada Allah nescaya anda menjadi orang yang paling alim!

Dengan ketakwaan yang mengarah kepada kealiman atau berilmu pengetahuan, kedudukan seseorang dan juga masyarakat diangkat oleh Allah.

Firman Allah yang maksudnya, “…nescaya Allah akan meninggikan orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang berilmu pengetahuan beberapa darjat.” (Surah al-Mujadilah: 11)

Baca Juga: Selesaikan Masalahmu dengan Sabar dan Shalat

Kedua, Sebagai rahmat, Allah menurunkan al-Quran pada Bulan Seribu Bulan ini.

Firman-Nya yang bermaksud: “…Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan perbezaaan (di antara yang hak dan yang batil).” (Surah al-Baqarah: 185).

Ini pula ditegaskan oleh ayat Makkiyyah bermaksud: “Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal saleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.” (Surah al-Isra: 9)

Ketiga, Satu lagi fenomena rahmat dalam berpuasa pada bulan Ramadan ialah penyaluran syafaat melaluinya bersama-sama al-Quran.

Baca Juga: Cinta Dunia dan Takut Mati

Baginda Rasulullah pernah bersabda maksudnya: “Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang pada hari kiamat. Puasa berkata: “Hai Tuhan, aku telah mencegahnya dari makan dan nafsunya pada waktu siang hari, berikanlah syafaat kepadanya keranaku.” Al-Quran pun berkata: ”Aku telah menahannya daripada tidur pada waktu malam hari, berikanlah syafaat kepadanya keranaku.” Maka kedua-dua syafaat puasa dan al-Quran diterima Allah.” (Hadis riwayat Ahmad) Benar sabdamu wahai Baginda Rasulullah.

Wahai Allah Tuhan Kami, curahkanlah rahmat-Mu pada Bulan Seribu Bulan ini kepada kami. Amin. (A/haq/RS2)

BSB, 1 Ramadan 1444 H./ 23 Mac 2023 M.

Mi’raj News Agency (MINA)

Baca Juga: [Hadist Arbain ke-5] Tentang Perkara Bid’ah

 

Rekomendasi untuk Anda