Image for large screens Image for small screens

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Damai di Palestina = Damai di Dunia

ADVERTISEMENT

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Lockdown Perjanjian Hudaibiyah Pertanda Kemenangan Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam

Ali Farkhan Tsani - Kamis, 21 Mei 2020 - 07:20 WIB

Kamis, 21 Mei 2020 - 07:20 WIB

20 Views

Renungan Zanjabil #63

Oleh: Prof. Madya Dr. Abdurrahman HaqqiFakultas Syariah dan Hukum Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei Darussalam

 

BUTIR pertama setelah termeterai Perjanjian Hudaibiyah antara Rasulullah SAW dan Quraisy pada Tahun 6 Hijrah ada menyebutkan, “Rasulullah hendaklah pulang pada tahun itu dan tidak boleh masuk ke Mekah. Pada tahun hadapan, orang-orang Islam boleh masuk ke Mekah dan menetap di situ selama tiga hari. Mereka hanya boleh membawa senjata orang berperjalanan sahaja iaitu pedang yang disarungkan, sementara pihak Quraisy tidak boleh menghalang mereka dengan apa jua cara sekalipun.”

Baca Juga: Amalan Sunnah pada Hari Jumat

Di samping butir pertama di atas, ada tiga butir perjanjian lainnya termasuk mengembalikan orang Mekah yang datang ke Madinah dan menahan orang Madinah yang datang ke Mekah.

Setelah berlaku perubahan di Semenanjung Arab yang banyak menguntungkan umat Islam, maka mulalah kelihatan bibit-bibit pembukaan terbesar dan kejayaan dakwah Islam sedikit demi sedikit. Ianya dimulai dengan pengakuan terhadap hak orang Islam untuk menunaikan ibadat mereka di Masjidil Haram yang sebelum itu Musyrikin Mekah menghalang mereka berbuat demikian sejak enam tahun lamanya.

Rasulullah SAW bermimpi semasa berada di Madinah. Dalam mimpinya baginda melihat baginda dapat masuk bersama sahabat-sahabat baginda ke Masjidil Haram dan mengambil kunci Ka’bah, lalu bertawaf dan berumrah. Sebahagian mereka mencukur rambut dan sebahagian lagi mengguntingnya. Mimpi itu diberitahukan baginda kepada para sahabat baginda. Alangkah gembiranya mereka mendapat khabar itu dan mereka pun mengira akan dapat masuk ke Mekah pada tahun itu. Baginda kemudiannya memberitahu para sahabat baginda tentang cadangan baginda untuk menunaikan umrah, lalu bersiap-siaplah mereka untuk berangkat.

Dengan termeterainya Perjanjian Hudaibiyah itu, Rasulullah SAW dan para sahabat seramai 1.400 orang yang berniat untuk menjalankan ibadah umrah kena lockdown oleh Musyrikin Quraisy di kawasan Hudaibiyah, arah barat daya Kota Mekah yang berjarak sepanjang 22 km.

Baca Juga: [Hadits Arbain ke-8] Mengajak Kepada Kalimat Syahadat

Rasulullah SAW akur dengan isi perjanjian tersebut dan kembali ke Madinah selepas bertahallul dan menyembelih unta dan lembu sebagai kaffarah kerena membatalkan umrah.

Hikmah di sebalik butiran perjanjian di atas adalah perjanjian ini dapat menghentikan halangan Quraisy terhadap mereka yang hendak ke Masjidil Haram. Ia juga bererti satu kegagalan kepada orang Quraisy. Kalau adapun yang dapat menyenangkan hati Quraisy dalam perjanjian ini hanyalah kejayaan mereka menghalang umat Islam masuk ke Mekah pada tahun itu sahaja.

Dalam kitab Fiqh al-Sirah al-Nabawiyah , Syaikh Munir al-Ghadban menyebut bahawa perjanjian Hudaibiyah adalah satu pembukaan. Zahirnya nampak seperti kehinaan bagi orang Islam. Mereka pulang dari Mekah, tidak boleh menziarahi Baitullah, orang Islam dari Mekah yang datang kepada mereka perlu dipulangkan semula, perkataan Bismillah dipadam.

Lagi bertambah kecewa dengan kedatangan Abu Jandal yang lari dari kaum musyrikin sehingga Abu Jandal berkata: ”adakah aku perlu pulang ke kaum musyrikin di mana mereka mendatangkan fitnah pada agamaku. Ini semua ada pada zahir yang mana ianya difikir oleh akal manusia yang cetek. Adapun hikmahnya telah pun ditetapkan oleh Allah SWT.”

Baca Juga: Tertib dan Terpimpin

Dan terbuktilah janji Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,” (Surah al-Fath: 1) dua tahun kemudian tanpa menumpahkan darah setitik pun. Alhamdulillah.

Wallahu a’lam. Semoga bermanfa’at.

Bandar Seri Begawan, 21/05/2020. (A/AH/RS2)

Mi’raj News Agency (MINA)

Baca Juga: [Hadits Arbain ke-7] Agama itu Nasihat

 

Rekomendasi untuk Anda

Tausiyah
Tausiyah
Tausiyah
Itikaf
Tausiyah