Image for large screens Image for small screens

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Damai di Palestina = Damai di Dunia

ADVERTISEMENT

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Fatwa Nabi Yahya AS Lockdown Hasrat Seorang Raja

Ali Farkhan Tsani - Selasa, 26 Mei 2020 - 09:57 WIB

Selasa, 26 Mei 2020 - 09:57 WIB

9 Views

Renungan Zanjabil #68/70

Oleh: Prof. Madya Dr. Abdurrahman Haqqi, Fakultas Syariah dan Hukum Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei Darussalam

 

JIKA Nabi Khidir AS mendapatkan ilmu ladunni, min ladunna ‘ilman (Surah al-Kahfi: 65) maka Nabi Yahya AS mendapatkan kasih sayang dan cinta ladunni, wa hananan min ladunna. (Surah Maryam: 13)

Baca Juga: Amalan Sunnah pada Hari Jumat

Nabi Yahya AS pernah disebut Baginda Rasulullah SAW dengan sabdanya bermaksud: “Tidak satu pun manusia kecuali dia telah melakukan kesalahan (dosa) atau berkeinginan untuk melakukannya kecuali Yahya bin Zakaria. (HR Ahmad dan Ibnu Asakir)

Nama Nabi Yahya AS disebut dalam al-Quran sebanyak 5 kali. Masing-masing satu kali pada Surah Ali Imran ayat 39,  al-An’am: 85, dan al-Anbiya’: 90 dan dua kali  pada Surah Maryam iaitu ayat 7 dan 12. Tiga dari empat surah tersebut Makkiyah, iaitu al-An’am, Maryam dan al-Anbiya’ dan satu Madaniyah iaitu Surah Ali Imran.

Ilmu Nabi Khidir AS adalah sangat luas begitu pula kasih sayang dan cinta Nabi Yahya AS. Baginda memiliki kecintaan yang dalam terhadap makhluk dan alam. Hanan ialah salah satu dari tingkat cinta yang bersumber dari ilmu. Baginda adalah seorang nabi yang menjadi cermin dari ibadah, zuhud, dan cinta.

Baginda mengungkapkan cinta kepada semua makhluk. Baginda dicintai oleh manusia, burung-burung, binatang buas, bahkan gurun dan gunung ganang. Darah Baginda tertumpah ketika beliau berusaha mempertahankan kebenaran yang disampaikannya di istana raja yang zalim.

Baca Juga: [Hadits Arbain ke-8] Mengajak Kepada Kalimat Syahadat

Adalah seorang raja bernama Herodus. Dia berhasrat menikahi seorang wanita bernama Herodia. Tapi fatwa Nabi Yahya AS lockdown hasrat raja tersebut. Inti dari fatwa tersebut adalah mengharamkan jenis perkawinan yang akan dilakukan oleh raja.

Mengapa Nabi Yahya AS tidak mengizinkan dan tidak membenarkan perkahwinan tersebut? Menurut Abdullah bin Zubair, gadis yang bernama Herodia atau Harduba itu adalah anak Herodus itu sendiri. Sedang menurut al-Suddy, gadis itu adalah anak isterinya (anaktirinya) sendiri. Sedang menurut Ibnu Abbas, gadis itu adalah anak dan saudara lelaki dan Herodus sendiri.

Menurut hukum Taurat sama dengan hukum al-Quran yang sekarang ini, bahawa anak sendiri, anak tiri atau anak dari saudara sendiri tidaklah halal dinikahi.

Berasa dipermalukan Herodia membuat helah dan meminta kepada raja untuk menghukum dan membunuh Yahya. Selanjutnya membawa kepala Yahya di hadapannya. Keinginan tersebut dikabulkan oleh Herodus.

Baca Juga: Tertib dan Terpimpin

Karena tidak lagi menggunakan akal sehatnya, akhirnya Herodus pun menjalankan apa yang diminta oleh calon istrinya. Dia kemudian mengirimkan sejumlah pasukan untuk membunuh Yahya. Akhirnya, Yahya pun ditangkap dan dibunuh sesuai dengan permintaan dari Herodia.

Pasukan pun memenggal kepala Nabi Yahya kemudian membawanya kepada raja. Herodus akhirnya mempersembahkan kepala tersebut kepada Herodia. Akhirnya, Herodia merasa bangga karena misi yang dia jalankan benar-benar berhasil.

Namun, mereka berdua diberi balasan yang setimpal oleh Allah. Herodia terjatuh dari tangga istananya dan terbunuh dimakan anjing dengan diperhatikan oleh matanya sendiri kerana matanya adalah yang terakhir dimakannya. Herodus kerajaannya juga dikoyak-koyak oleh musuhnya.

Wallahu a’lam. Semoga bermanfa’at.

Baca Juga: [Hadits Arbain ke-7] Agama itu Nasihat

Bandar Seri Begawan 26/05/2020. (T=AH/RS2)

Mi’raj News Agency (MINA)

Baca Juga: Pentingnya Memahami Fiqih Jual Beli dalam Berdagang

Rekomendasi untuk Anda

Palestina
Palestina
Palestina
Tausiyah
Tausiyah