Oleh : Prof Madya Dr Abdurrahman Haqqi, Wakil Pengarah, Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i, UNISSA, Brunai Darussalam
MEMANG pada hari-hari awal baginda Rasulullah SAW di Madinah, baginda begitu sibuk dalam bidang-bidang sosial, ekonomi, budaya, di samping tugas utama terus menyebarkan syiar Islam.
Disebabkan masyarakat Islam sudah wujud, maka sudah tiba masanya bagi Nabi Muhammad untuk menentukan dasar-dasar yang kuat dan kukuh untuk diikuti oleh masyarakat Islam yang masih baru menghayatinya.
Dasar itu dibuat pada ketika perkembangan Islam di Madinah. Turunlah wahyu Ilahi yang mengandungi perintah berzakat, berpuasa dan hukum-hakam yang berkaitan dengan pelanggaran atau larangan dan berbagai aspek yang dititikberatkan oleh Islam.
Baca Juga: Keutamaan Menulis: Perspektif Ilmiah dan Syari
Boleh dikatakan sebahagian besar ayat-ayat yang diturunkan dalam era Islam di Madinah berkaitan pembentukan dan pembinaan hukum Islam. Jika ada ayat yang belum jelas dan belum ada keterangannya secara terperinci, dijelaskan oleh Rasulullah dengan perkataan, perbuatan dan ketetapan baginda. Natijahnya, timbul daripadanya dua buah sumber yang menjadi pegangan hukum Islam iaitu Kitabullah dan Sunnah Rasulullah.
Dengan ditetapkan dasar-dasar ekonomi, sosial, agama dan lain-lain, maka semakin teguhlan bentuk masyarakat Islam, sehingga dari sehari ke sehari pengaruh agama Islam di Madinah semakin bertambah besar dan kukuh.
Akhir-akhir ini banyak kita dengar cerita mengenai orang bukan Islam terpikat dengan amalan berpuasa pada Ramadan sehingga ramai antara mereka memeluk agama fitrah, Islam.
Mereka berkata apa yang menarik ialah sikap kemesraan orang Islam yang sering bersama lebih-lebih pada Ramadhan.
Baca Juga: [Hadits Arbain ke-23] Keutamaan Bersuci, Shalat, Sedekah, Sabar, dan Al-Quran
Menurut mereka, orang Islam saling bangun-membangunkan untuk bersahur, sibuk mengejutkan jiran dengan teriakan sahur! sahur! sahur!
Orang Islam juga secara spontan tidak makan dan minum lagi selepas waktu imsak dan pada siang hari. Malah tidak seorang pun orang Islam berani-berani mengajak, memerintah, mempelawa ataupun menyediakan makanan. Masing-masing tahu kewajibannya dan bagaimana mereka sibuk ketika berbuka puasa. Golongan wanita sibuk di dapur menyediakan menu manakala golongan lelaki sibuk membaca al-Quran sementara menunggu azan.
Satu perkara yang amat menarik pandangan kaum bukan Islam ialah ketakwaan mereka apabila seiring ke surau atau masjid untuk menunaikan shalat Tarawih.
Semuanya ini dan banyak perkara lagi yang menarik perhatian kaum bukan Islam untuk memeluk Islam. Ini adalah pengakuan mereka.
Baca Juga: Langkah Kecil Menuju Surga
Memang Ramadhan mempunyai ciri tersendiri dari zaman ke zaman tidak terlepas daripada arti Ramadhan itu tersendiri yaitu pembakaran atau pemanasan dosa-dosa.
Ramadhan diwajibkan Allah kepada kaum Muslimin selepas Nabi Muhammad berhijrah dan bermukim di Madinah selama dua puluh bulan yakni pada tahun kedua Hijrah.
Ketika Rasulullah tiba di Madinah, baginda mendapati orang Yahudi Madinah berpuasa pada tanggal sepuluh Muharram atau puasa Asyura’. Beliaupun bertanya mengenainya lalu mereka pun menjawab: “Pada hari ini Allah telah menyelamatkan Nabi Musa.”
Nabi pun bersabda: “Kami lebih berhak berpuasa bagi pihak Musa daripada kalian.” Kemudian beliau berpuasa dan memerintahkan kaum Muslimin untuk berpuasa Asyura’. (HR Bukhari dan Muslim)
Baca Juga: Akhlak Mulia: Rahasia Hidup Berkah dan Bahagia
Menurut Muaz ibn Jabal seperti yang diriwayatkan Imam Ahmad, Allah mewajibkan solat dan puasa masing-masing dalam tiga peringkat. Untuk puasa, peringkat kedua adalah apa yang diceritakan di atas manakala peringkat pertama adalah puasa tiga hari setiap bulan dan peringkat ketiga puasa Ramadan.
Allah berfirman: “Wahai orang -orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa,”. (QS Al-Baqarah: 183)
Dengan firman Allah yang bermaksud ‘supaya kamu bertakwa’ diharapkan amalan berpuasa dapat membersihkan diri daripada sifat tercela di samping memelihara dan meningkatkan sifat terpuji sebagaimana umat Islam generasi pertama telah buktikan.
Semoga. (A/Haq/RS2)
Baca Juga: [Hadits Arbain ke-22] Islam Itu Mudah, Masuk Surga Juga Mudah
BSB, 24 Ramadan 1444H/ 15 April 2023M
Mi’raj News Agency (MINA)