Tazkirah Petang #21
Oleh: Prof. Madya Dr. Abdurrahman Haqqi, Fakultas Syariah dan Hukum Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei Darussalam
SELEPAS mengesahkan al-Quran diturunkan pada suatu malam yang penuh dengan kemuliaan,
Baca Juga: Imaam Yakhsyallah : Berdoa Setelah Khatam Quran Akan Diaminkan Empat Ribu Malaikat
Allah SWT bertanya kepada kita: “Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?” Tentu saja, kita sebagai ciptaan-Nya akan tersentak dengan pertanyaan itu.
Alhamdulillah, dengan sifat pemurah dan pengasih Allah, Dia tidak membiarkan hambaNya dalam keadaan serba salah kerana terkilan tidak dapat menjawab soalan itu. Dia pun memberitahu kita bahawa malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan iaitu pada malam itu malaikat dan Jibril dengan kebenaran Tuhan-Nya turun untuk mengatur segala urusan. Pada malam itu kesejahteraan memenuhi bumi dan langit hingga terbit fajar.
Malam kemuliaan itu dikenali sebagai malam Lailatul Qadar iaitu suatu malam yang penuh kemuliaan, kebesaran kerana pada malarn itu permulaan turunnya al-Quran dan ianya lebih baik daripada seribu bulan.
Dengan itu, kita pun digalak mencari Lailatul Qadar kerana siapa yang menemukannya akan mencapai kesempurnaan hidup. Oleh kerana Lailatu Qadar perlu dicari dengan penuh kesungguhan, malah kalau perlu semua malam hari Ramadan diisi dengan perbuatan baik agar tidak luput daripada kesempurnaan hidup itu.
Baca Juga: Ustaz Wahyudi KS: Semangat Dakwah Nabi Muhammad adalah Damai dan Kasih Sayang
Kita diberitahu bahawa ketika baginda Rasulullah menceritakan mengenai seorang hamba daripada umat terdahulu sanggup beribadah tanpa berhenti ataupun berehat selama seribu tahun atau lebih 83 tahun, para sahabat terperanjat hairan dan mereka pun ingin melakukan seperti apa yang dilakukan oleh abid atau ahli ibadah berkenaan.
Dengan kurnia Allah, umat Islam digalak mendapatkan pahala beribadat selama seribu bulan itu dengan hanya mencari satu malam pada bulan Ramadan.
Sepuluh hari terakhir bulan Ramadan ini adalah saat datangnya malam Lailatul Qadar terutama sekali pada malam-malam ganjilnya.
Menurut para ulama, hikmah disembunyikannya malam Lailatul Qadar adalah agar kita berusaha mencarinya, meningkatkan ibadah pada setiap malam, perbanyak doa semoga memperolehinya sebagaimana yang pernah dilakukan oleh para ulama salaf yang saleh.
Salah satu ibadah yang amat berkesan sempena mendapatkan malam Lailatul Qadar adalah dengan melakukan i’tikaf di masjid. I’tikaf mempunyai makna berdiam diri atau mengkhusyukan diri dengan diam sejenak. Tapi, menurut istilah fikahnya ia bererti berdiam diri di masjid dengan niat beribadah kepada Allah SWT.
Baca Juga: Bagaimana Kita Mengisi Itikaf (1)
I’tikaf pada dasarnya satu cara untuk membentuk pola fikir dan cara pandang kita ke arah yang Islami dalam erti kata yang sebenarnya.
Oleh itu, hanya yang benar-benar ikhlas, tidak riyak, khusyuk dan tawadu’ kepada Allah yang in sya Allah akan memperoleh Lailatul Qadar. Kerana dengan berdiam di masjid dengan tetap melakukan salat wajib dalam berjema’ah, tadarrus, salat tarawih, pengajian, memelihara wudu’, salat janazah dan lain-lain, seolah-olah ibadah-ibadah berkenaan menciptakan pendekatan kepada Allah SWT dengan sangat berkesan.
Eloklah, di kesepuluh hari terakhir ini kita tidak menyia-nyiakannya untuk mencari kemuliaan Lailatul Qadar, kerana sekali melakukan kebajikan di dalamnya akan ada nilai berlipat ganda seribu kali.
Aisyah RA bertanya kepada Rasulullah SAW pada suatu hari, katanya: “Wahai Rasulullah, apa yang semestinya aku lakukan seandainya aku mendapatkan malam Lailatul Qadar? Jawab baginda: “Ucaplah selalu, Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni.
Baca Juga: Syarat Masjid Untuk Itikaf dan Hukum Keluar Masjid
Amin.
BSB, 21 Ramadan 1441H/ 15 Mei 2020. (A/DS/RS2)
Mi;raj News Agency (MINA)