Image for large screens Image for small screens

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Damai di Palestina = Damai di Dunia

ADVERTISEMENT

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Nabi Ilyas AS Lockdown Nabi Ilyasa’ AS Sebagai Penerusnya

Ali Farkhan Tsani - Rabu, 20 Mei 2020 - 06:53 WIB

Rabu, 20 Mei 2020 - 06:53 WIB

8 Views

Renungan Zanjabil #62

Oleh: Prof. Madya Dr. Abdurrahman HaqqiFakultas Syariah dan Hukum Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei Darussalam

 

DALAM kisah Israiliyat ada disebut, “Sesungguhnya antara mukjizat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada Ilyasa’ ialah baginda boleh menghidupkan orang yang mati, menyembuhkan orang yang buta dan yang berpenyakit sopak serta dikeringkan sungai Jordan baginya agar beliau dapat berjalan melewatinya.”

Baca Juga: Amalan Sunnah pada Hari Jumat

Apakah Israilyat itu? Israiliyat adalah berita yang dinukil dari orang Bani Israil, baik yang beragama Yahudi atau Nasrani. Dan umumnya berasal dari masyarakat Yahudi.

Ada tiga kategori berita-berita Israiliyat. Pertama, berita yang diakui kebenarannya dalam Islam. Berita kategori ini boleh dibenarkan.

Kedua, berita yang didustakan dalam Islam, berita semacam ini statusnya batil, dan wajib diingkari.

Dan ketiga, berita yang tidak dibenarkan dan tidak didustakan dalam Islam. Status berita semacam ini disikapi pertengahan (tawaquf), tidak didustakan, kerena boleh jadi itu benar, dan tidak dibenarkan, kerena boleh jadi itu dusta.

Baca Juga: [Hadits Arbain ke-8] Mengajak Kepada Kalimat Syahadat

Nabi SAW bersabda mafhumnya: “Janganlah kalian membenarkan ahli kitab dan jangan pula mendustakannya, namun ucapkan: Kami beriman dengan kitab yang diturunkan kepada kami (al-Quran) dan kitab yang diturunkan kepada kalian.” (HR. Bukhari)

Nabi Ilyasa’ AS hanya disebut dua kali dalam al-Quran. Tidak lebih dari itu. Dan itu pula hanya sekedar mengatakan bahawa baginda adalah termasuk manusia pilihan (Surah Sad: 48) dan termasuk manusia yang diangkat darjatnya (Surah al-An’am: 86)

Seperti Nabi Ilyas AS, Nabi Ilyasa’ AS juga diutus kepada Bani Israil di Ba’labak, Lebanon hari ini.

Ibnu Asakir menyebut bacaan orang yang membacanya Ilyasa’, dengan dibaca ringan dan bertasydid (huruf ‘ain). Dan ada yang membaca dengan al-Liyasa’. Ia adalah nama salah seorang nabi.

Baca Juga: Tertib dan Terpimpin

Dikatakan baginda dibesarkan oleh Nabi Ilyas AS. Baginda bersembunyi bersama dengan Nabi Ilyas AS di Bukit Qasiyun kerena menghindari kejaran raja zalim waktu itu. Di sana, selepas ketiadaan Nabi Ilyas AS, baginda meneruskan misi kenabian Nabi Ilyasa’ dan Allah SWT kemudiannya memberi berita gembira kepadanya.

Imam Hasan al-Basri berkata: “Selepas Ilyas, ialah Ilyasa’. Baginda menyeru kaumnya kepada mentauhidkan Allah SWT, berpegang dengan manhaj dan syariat Nabi Ilyas AS, sehinggalah Allah SWT mewafatkannya.

Malangnya, kaum Nabi Ilyasa’ tetap tak mau mendengar seruan baginda dan mereka kembali menanggung bencana kekeringan yang luar biasa.

Wallahu a’lam. Semoga bermanfa’at.

Baca Juga: [Hadits Arbain ke-7] Agama itu Nasihat

Bandar Seri Begawan, 20/05/2020. (A/AH/RS2)

Mi’raj News Agency (MINA)

Baca Juga: Pentingnya Memahami Fiqih Jual Beli dalam Berdagang

Rekomendasi untuk Anda

Palestina
Palestina
Palestina
Internasional
Dunia Islam
Internasional