Oleh : Prof Madya Dr Abdurrahman Haqqi,
Wakil Pengarah Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunai Darussalam
BAGI seorang Muslim yang terdidik dengan agama sejak kecil, ayat al-Quran yang berbunyi “wama khalaqtul jinna wal insa illa liya’budun” (Surah al-Dzariyat: 56) yang bermaksud `Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadat kepadaKu’, tentunya tidak asing lagi.
Yang asingnya ialah mengamalkan mafhum ayat berkenaan dalam kehidupan seharian sebagai manusia muslim.
Baca Juga: [Hadits Al-Arbain ke-24] Tentang Haramnya Berbuat Zalim
Sama ada disedari atau tidak, realitas ibadat dalam masyarakat kita sudah dijangkiti falsafah ibadat menurut konsep sekular dalam pengertian sempit yang bersifat terlalu individu. Akibatnya muncul akhlak sosial yang belum dapat dibanggakan, yang memisahkan ibadat dan dimensi etika sosial. Padahal nilai ibadat seharusnya dicerminkan dalam tindak tanduk sosial.
Bagi masyarakat kita, apabila disebut ibadat, yang tergambar tentunya shalat, ke mushalla atau masjid, berzikir dan berwirid, berpuasa, mengerjakan haji dan menghadiri ceramah atau kelas agama.
Secara ringkasnya, ibadat menggambarkan ‘pelepasan diri daripada tanggung jawab duniawi’, manakala interaksi sosial dianggap terkeluar daripada ibadat.
Mengerjakan solat bersendirian atau berjemaah adalah ibadat menurut fakta di atas. Sedangkan shalat adalah perbuatan bermakna dan ikatan kerohanian yang mendalam di antara hamba dan Penciptanya.
Baca Juga: Keutamaan Menulis: Perspektif Ilmiah dan Syari
Justeru itu, ia mestilah dengan sopan santun dan berbudi pekerti. Bagaimanapun hakikatnya, dalam interaksi sosial, sukar ditemui keadaan sebegitu. Yang nyata, masih banyak perbualan dan perbuatan tidak senonoh serta mengetepikan makna dan hikmah solat.
Melaksanakan puasa Ramadan adalah ibadat, manakala kewajipan berpuasa bertujuan menjadikan seseorang itu bertakwa, sabar serta pandai menahan hawa nafsu. Tapi hakikatnya, dalam interaksi sosial kehidupan masyarakat Muslim, kita masih mendapati pelepasan hawa nafsu yang membabi buta.
Dalam pengertian ibadat yang sempit, adalah lebih mudah membezakan amal ukhrawi daripada amal duniawi dengan menjalani kehidupan beragama yang bersifat ritual. Di situ terletak pahala demi pahala yang diyakini jauh lebih tinggi daripada pahala amal duniawi.
Dan banyak hadis yang menyokong keyakinan itu dengan menjelaskan pelbagai ritual, pahala yang umumnya luar biasa besar untuk perlakuan yang kadangkalanya teramat mudah.
Baca Juga: [Hadits Arbain ke-23] Keutamaan Bersuci, Shalat, Sedekah, Sabar, dan Al-Quran
Walaupun benar hadis menerangkan kepentingan duniawi yang berbunyi “Orang yang rnemikirkan janda dan anak-anak yatim sama dengan orang yang berjihad di jalan Allah atau yang (selalu) solat malam dan puasa siang hari” (hadis riwayat al-Nasai). Tapi ia kurang popular berbanding hadis ‘ritualis’ yang menjanjikan pahala besar.
Kita yang berada pada malam ‘bulan seribu bulan’ tidak terlepas daripada falsafah di atas. Bermula dengan bersiap untuk berbuka hingga tidur, keinginan beribadat selalu di hati. Walaupun tidak mengetepikan ibadat pada siang hari, kita kadang-kadang terlupa beribadat kerana kesibukan urusan harian.
Tapi menjelang waktu Maghrib inilah keinginan beribadat muncul dengan kuatnya dan sangat mencabar.
Kita bersiap-siap dengan doa Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anna, dan membahagikan juadah berbuka kepada jiran dan juga jemaah masjid, bershalat Maghrib berjemaah, dilanjutkan dengan sokat Isyak dan Tarawih, bertadarus al-Quran dan beriktikaf di masjid atau surau sambil menunggu waktu sahur yang disambung dengan Subuh berjemaah.
Baca Juga: Langkah Kecil Menuju Surga
Inilah rentetan ibadat malam hari yang tidak akan dijumpai pada sebelas bulan lain. Kita juga sukar menemui hikmah dan tujuan ibadat berkenaan pada bulan berikutnya selepas Ramadan Suci ini hingga ke Ramadan berikutnya.
Ya Allah terimalah ibadat kami dalam bulan suci ini dan berilah kepada kami kemudahan untuk mencerminkan hikmah dan tujuannva untuk bertakwa, bersabar, menahan hawa nafsu, berbelas kasih, bergotong-royong dan bertoleransi di sepanjang hayat kami hingga kami berjumpa dengan-Mu dalam keredaan-Mu. Amin. (A/Haq/RS2)
BSB, 06 Ramadan 1444 H./27 Maret 2023 M.
Mi’raj News Agency (MINA)