Renungan Zanjabil #24
Oleh Prof. Madya Dr. Abdurrahman Haqqi, Fakultas Syariah dan Hukum Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei Darussalam
IDRIS ibn Yarid ibni Mahlayil ibni Qainan ibni Anusy ibni Syits ibni Adam adalah nabi dan rasul kedua selepas Nabi Adam AS. Sebelumnya ada seorang nabi tapi bukan rasul iaitu Nabi Syits AS, datuk kelima Nabi Idris yang mendapatkan suhuf dari Allah SWT selain Nabi Ibrahim AS dan Nabi Musa AS.
Nabi Idris AS (Arab : إدريس) hidup di antara 4533 – 4188 SM. Namanya disebutkan sebanyak 2 kali dalam al-Quran.
Baca Juga: [Hadits Arbain ke-22] Islam Itu Mudah, Masuk Surga Juga Mudah
Dikatakan bahawa asal mula nama Idris berasal dari kata bahasa Arab, “darasa” yang bererti ‘belajar’. Baginda dijuluki demikian kerana baginda banyak sekali mempelajari ilmu, dan baginda dianggap pula sebagai penemu tulisan dan alat tulisnya.
Idris AS juga dijuluki sebagai “Asad al-Usud” (Singa dari segala singa) kerena keberanian dan kegagahannya, sedangkan di dalam kisah lain, baginda diberi julukan “Harmas al-Haramisah” (Ahli perbintangan).
Nabi Idris AS dianugerahi kepandaian dalam perbagai disiplin ilmu dan kemahiran, serta kemampuan untuk menciptakan alat-alat untuk mempermudah pekerjaan manusia. Dalam beberapa kisah dikatakan bahawa baginda sebagai nabi pertama yang mengenal tulisan, menguasai perbagai bahasa, ilmu perhitungan, ilmu alam, astronomi, dan lain sebagainya. Baginda menguasai 72 bahasa kerena berdakwah kepada 72 kaum yang berbeza bahasanya.
Nabi Idris diperkirakan bermukim di Mesir di mana ia berdakwah untuk menegakkan agama Allah, mengajarkan tauhid, dan beribadah menyembah Allah serta memberi beberapa pendoman hidup bagi pengikutnya supaya selamat dari siksa dunia dan akhirat.
Baca Juga: Baca Doa Ini Saat Terjadi Hujan Lebat dan Petir
Baginda dinyatakan di dalam Al-Quran sebagai manusia pilihan Allah sehingga Allah mengangkatnya ke langit.
Allah berfirman maksudnya: “Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (Surah Maryam: 57)
Menurut kitab tafsir, ia hidup 1.000 tahun setelah Adam AS wafat. Sedangkan dalam buku yang berjudul Qashash al-Anbiya’ karya Ibnu Katsir dituliskan bahawa Idris hidup bersama Adam selama 308 tahun.
Kisah baginda berada di surga adalah kisah yang mashur dalam beberapa kitab tafsir.
Baca Juga: Ini Doa Terbaik Dari Keluarga untuk Jamaah Yang Pulang Umrah
Dengan kisah yang panjang akhirnya Nabi Idris AS mengalahkan hujah Izra’il AS. Baginda berhujah bahawa baginda sudah dicabut nyawa di langit keempat, dan baginda sudah melalui neraka jahannam, dan Allah berfirman bahwa yang sudah masuk ke dalam surga tidak akan keluar lagi. Hujah Nabi Idris AS ini bersandarkan kepada ayat 185 Surah Ali Imran, ayat 71 Surah Maryam, dan ayat 48 Surah al-Hijr.
Pada akhirnya Allah SWT membenarkan Nabi Idris AS untuk tinggal di surga dan berfirman kepada Izra’il: “Dia sudah mengalahkanmu”.
Maka kita lihat di sini bahawa Nabi Idris AS sedang tinggal di surga atau dengan perkataan lain lockdown dengan segala kenikmatannya sebagai dikisahkan dalam beberapa kitab tafsir.
Antara nasihat Nabi Idris AS adalah:
Baca Juga: [Hadits Arbain ke-21] Tentang Istiqamah
1. Kesabaran yang disertai iman kepada Allah (akan) membawa kemenangan, dan
2. Orang yang bahagia adalah orang yang waspada dan mengharapkan syafa’at dari Tuhannya dengan amal-amal salihnya.
Sekian satu lagi kisah lockdown tapi penuh kenikmatan yang sempurna.
Wallahu a’lam. Semoga bermanfa’at.
Baca Juga: Makna Mubazir dalam Tafsir Al-Isra’ Ayat 27, Mengapa Pelaku Pemborosan Disebut Saudara Setan?
Bandar Seri Begawan, 12/04/2020. (A-AH/RS2)
Mi’raj News Agency (MINA)
Baca Juga: [Hadits Arbain Ke-20] Malu Bagian dari Iman