Image for large screens Image for small screens

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Damai di Palestina = Damai di Dunia

ADVERTISEMENT

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Puasa Jihad Dalam Bentuk Moral (Tazkirah Sebelum Buka 05)

Ali Farkhan Tsani - Senin, 27 Maret 2023 - 17:59 WIB

Senin, 27 Maret 2023 - 17:59 WIB

8 Views

Oleh : Prof Madya Dr Abdurrahman Haqqi
Wakil Pengarah, Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i UNISSA Brunai Datussalam

KALAU sudah mendengar kata jihad, pemikiran kita terarah kepada perang suci dengan segala alat dan perlengkapan peperangan. Kalau pada zaman dulu kita membayangkan tunggangan kuda, hunusan pedang, lemparan tombak dan sasaran anak panah, sekarang tergambar pula dentuman meriam, ledakan bom, rentetan peluru. Pada masa yang akan datang mungkin kita hanya diterangi ledakan menggunakan sinar laser.

Sebenarnya konsep jihad ini masih sering disalahkan arti baik oleh seorang muslim apatah lagi bukan muslim. Dalam banyak kasus, jihad sering dipahami sebagai serangan perang, penindasan atau seorang yang bukan muslim. Sesungguhnya, Islam bukanlah agama kekerasan juga tidak mempunyai identitas kekerasan.

Justeru, Islam adalah agama penangkal dan penyangkal semua konsep dan bentuk kekerasan. Islam, seperti diambil daripada arti asalnya yang bermakna penyerahan mutlak kepada Allah yang mampu rnemancarkan perdamaian.

Baca Juga: Tertib dan Terpimpin

Puasa, sebagai sarana pencegah diri daripada berbuat yang tidak disetujui agama, adalah suatu proses jihad dalarn bentuk moral, bukannya dalarn bentuk fisik. Ia adalah peperangan di antara hawa nafsu seseorang dan keimanannya.

Seandainya peperangan melawan musuh dinamakan al-jihad al-asghar atau jihad kecil, peperangan melawan hawa nafsu dinamakan al-jihad al-akbar atau jihad besar. Rasulullah pernah bersabda kepada sahabat, makasudnya: ”Kita telah kembali dari jihad kecil kepada jihad yang lebih besar.” Sahabat bertanya: “Apa dia jihad besar itu?” Jawab Rasullullah: “Iaitu jihad melawan hawa nafsu.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Tujuan hadis ini bukanlah untuk memalingkan perhatian umat Islam daripada jihad secara pisik atau untuk melalaikan Muslimin daripada rnengadakan persiapan membela negara Islam daripada dicerobohi musuh mereka. Sebaliknya, ia menegaskan bahawa ada suatu jenis jihad lagi yang hukumnya juga wajib, iaitu kewajipan seorang Muslim melawan kemaraan hawa nafsunya sehingga semua amalan yang dilakukan benar-benar kerana Allah semata-mata.

Pada bulan seribu bulan ini, seorang Muslim berjihad dengan gigihnya untuk memerangi hawa nafsu. Seperti yang didefinisikan oleh ulama, puasa adalah menahan hawa nafsu makan, minum dan berjimak dari mulai fajar hingga terbenam matahari. Ada juga ulama yang menambah dengan semua hawa nafsu.

Baca Juga: [Hadits Arbain ke-7] Agama itu Nasihat

Pepatah mengatakan tidak ada perjuangan tanpa pengorbanan. Begitupun puasa Ramadan adalah rangkaian perjuangan yang bukan kecil dan ringan. Ia melakukan keutamaan dan kebiasaan menjalaninya.

Malah, ia memerlukan kawalan perasaan dan penuh kesabaran. Sabar menghadapi godaan, cercaan dan cabaran. Tahan menghadapi dugaan mental baik spiritual maupun fisikal. Tidak hanya menahan emosi dan gejolak hawa nafsu saja, tapi juga menahan lapar dan dahaga. Bahkan berperangpun dalam bulan suci Ramadan secara ofensif diharamkan, kecuali apabila umat Islam diserang terlebih dahulu.

Berjihad melawan hawa nafsu adalah suatu bentuk jihad yang unik tidak seperti berjihad secara fizikal. Kalau majahidin selalu berjaga-jaga dan siap sedia waktu berjihadnya, begitu pula dengan shaimin. Mereka berjihad pada siang hari untuk tidak melakukan apa-apa yang membatalkan jihadnya.

Bila dia biasa pada pagi hari makan nasi katok, mi goreng dan sandwich atau minum kopi dan teh tarik, di kala dia berpuasa dia tinggalkan tabiat itu.

Baca Juga: Pentingnya Memahami Fiqih Jual Beli dalam Berdagang

Dari segi lain, bila sudah biasa melakukan perbuatan tercela di sisi agama pada bulan-bulan lain, pada bulan Ramadan mereka akan berlagak juga untuk berjihad melawan perbuatan tercela itu. Inilah fenomena jihad pada siang hari Bulan Seribu Bulan.

Soimin pada malam harinya berniat untuk berjihad keesokan harinya dengan azamnya ‘sahaja kuberniat untuk puasa (menahan hawa nafsu) esok hari untuk melaksanakan puasa fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.’

Terimalah jihad kami pada siang hari bulan suci-Mu Ramadan ini, wahai Tuhan! (A/Haq/RS2)

BSB, 05 Ramadan 1444H/27 Maret 2023M

Baca Juga: Selesaikan Masalahmu dengan Sabar dan Shalat

Mi’raj News Agency (MINA)

Rekomendasi untuk Anda

Tausiyah
Tausiyah
Tausiyah
Tausiyah