Oleh : Prof Madya Dr Abdurrahman Haqqi
Wakil Pengarah Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i, UNISSA Brunai Darussalam
KETIKA berpuasa di Kuwait sewaktu belajar di universitas negara itu di punghujung Alaf ke19 lalu, beberapa peristiwa menarik berlaku pada bulan Ramadan. Sebagai contoh, sewaktu berbuka puasa di Asrama Shuwaikh dengan makanan dan minuman sudah disiapkan, kami hanya perlu mengangkat kaki ke kantin dari bilik-bilik kami.
Sewaktu menunggu waktu berbuka, kira-kira 600 Mahasiswa yang menghadapi hidangan itu dengan gaya masing-masing, ada yang berborak, termenung, berzikir atau membaca al-Quran. Tidak ada satupun tangan berani menjamah makanan atau minuman itu kecuali selepas dentuman meriam di radio menandakan masuknya waktu Maghrib. Satu disiplin yang menakjubkan.
Baca Juga: Ini Doa Terbaik Dari Keluarga untuk Jamaah Yang Pulang Umrah
Bagaimanapun tidak semua 600 mahasiswa itu berbuka selepas dentuman meriam kerana penganut Syiah mula berbuka 10 minit selepas masuknya azan Maghrib.
Saya kira tiada agama yang menyerupai Islam dalam mengajak pengikutnya sentiasa ingat dan taat kepada Pencipta mereka. Dari saat ke saat, minit ke minit, jam ke jam, hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, tahun ke tahun malah seumur hidup, mereka diminta selalu berhubungan dengan Allah secara peribadi mahupun secara kolektif.
Kita menemui alat penghubung harian dalam bentuk shalat lima waktu. Hubungan mingguan pula melalui fardu Jumaat, puasa Isnin dan Khamis. Bagi penghubung bulanan, kita jumpai corak puasa pada hari-hari ke-13, ke-14 dan ke-15 atau puasa di awal pertengahan dan akhir bulan. Manakala bagi tahunan kita temui kewajipan berpuasa sebulan suntuk, ibadah haji dan pengeluaran zakat.
Ramadan ini adalah bulan kekuatan dan keberadaan kaum Muslimin wajib dipertimbangkan oleh saudara mereka dari agama lain. Semua umat Islam tidak terkecuali menerima Bulan Seribu Bulan ini sebagai tamu kehormat mereka selama satu bulan penuh. Di siang hari tidak ada yang berani makan dan minum, manakala pada malamnya, mereka berduyun-duyun, lelaki mahupun perempuan, anak-anak atau orang tua memenuhi surau dan masjid bertarawih selama satu bulan penuh.
Baca Juga: [Hadits Arbain ke-21] Tentang Istiqamah
Tidak ada agama manapun yang dapat menandingi Islam walaupun imejnya agak tercemar dan terjejas kerana tingkah laku segelintir pemeluknya. Alhamdulillah.
Dengan kesedaran berpuasa ini sudah menjadi kewajiban dan tanggungjawab ulama, pendakwah, intelektual dan cendekiawan Muslim malah umat Islam seluruhnya.
Kewajiban mewujudkan integriti ummah serta memeliharanya melalui perpaduan Ukhuwah Islamiyah mesti berlandaskan rasa persaudaraan yang terpancar daripada keimanan yakni berupa ubudiah’ yang tertib dan khusyu’ kepada Ilahi. Melalui amal salih, tingkah laku dan budi pekerti bermutu tinggi dalam pergaulan harian sesama Muslim khususnya dan anggota masyarakat umumnya.
Keimanan yang meletakkan tuntutan Allah dan Rasul sebagai petunjuk dalam menentukan sikap dan langkah, bila berhadapan dengan tiap-tiap masalah duniawi atau ubudiah’. Keimanan yang menjadikan pemiliknya mampu untuk mengendalikan hawa dan nafsu.
Baca Juga: Makna Mubazir dalam Tafsir Al-Isra’ Ayat 27, Mengapa Pelaku Pemborosan Disebut Saudara Setan?
Berdasarkan potensi ummah ini, pendekatan dan pandangan sistematik konseptual strategik mengenai sistem pengelolaan dan pembinaan ummah perlu diperkembangkan. Program ukhuwah dan dakwah Islamiyah melalui pelbagai cara seperti pendidikan, gerakan dakwah, muzakarah, sekolah dan keluarga, organisasi dan masjid harus diseragam bagi mengukuh perpaduan sebagai tonggak kekuatan ummah.
Kita juga perlu meninjau kembali dan meningkatkan kaedah menganalisis pendidikan Islam dan sistem kehidupan ummah. Pendekatan itu seharusnya berpandangan lebih luas, serasi serta berkesan di kalangan pengajar dan pendidik, penuntut ulama, pendakwah dan intelektual Muslim, mengikut sistem dan kaedah keiimuan.
Ya Allah, berkat bulan Ramadan ini, jadikanlah kaum Muslimin sedar kembali akan kedudukan dan kewajipan mereka dalam memikul amanah. Terimalah puasa kami pada hari ini. Amin! (A/Haq/RS2)
BSB, 10 Ramadan 1444H/1 April 2023M
Baca Juga: [Hadits Arbain Ke-20] Malu Bagian dari Iman
Mi’raj News Agency (MINA)