Renungan Zanjabil #69/70
Oleh: Prof. Madya Dr. Abdurrahman Haqqi, Fakultas Syariah dan Hukum Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei Darussalam
“INI SATU PERTANDA,” gumam Salman al-Farisi setelah memberi sedekah kurma kepada Rasulullah SAW yang baru tiba dari perjalanan hijrah dari Mekkah dan sedang berehat di Quba. Nabi SAW tidak menjamah kurma yang dihadiahkan Salman akan tetapi diberikan kepada para sahabat di sekeliling baginda.
Baca Juga: Ini Doa Terbaik Dari Keluarga untuk Jamaah Yang Pulang Umrah
Mengapa Salman RA berkata di dalam hati seperti itu? Ini kisahnya.
Setelah beberapa orang paderi yang ditemani Salman dalam mencari cahaya kebenaran di beberapa negeri, paderi terakhir menasihati Salman dengan ucapnya:
“Aku tidak pasti apakah masih ada lagi orang yang berpegang dengan agama yang benar ini. Tetapi ketahuilah bahawa sudah dekat masa diutusnya seorang Nabi di tanah Arab, yang mewarisi agama Nabi Ibrahim.
Dia akan berhijrah dari tanah airnya ke tanah yang punyai banyak pohon tamar. Dia memiliki tanda-tanda yang jelas iaitu tidak menerima sedekah tetapi menerima hadiah. Dia juga memiliki tanda kenabian di antara dua bahunya.”
Berdasarkan nasihat paderi di atas maka Salman mendapat satu bukti ucapan paderi iaitu Nabi Muhammad tidak menerima sedekah.
Baca Juga: [Hadits Arbain ke-21] Tentang Istiqamah
Pertanda yang kedua pula, Nabi SAW sudah berada di Madinah. Salman mencari baginda memberikan kurma. Kali ini Salman berkata ianya adalah hadiah. Lalu baginda mengajak sahabatnya makan bersama. Beliau turut menjamahnya sekali.
Dan bukti yang ketiga, ketika berada di perkuburan Baqi al-Gharqad di mana Nabi SAW sedang menguburkan jenazah seorang sahabat baginda. Baginda SAW mengenakan dua lembar kain, ketika itu baginda sedang duduk di antara para sahabat, Salman mengucapkan salam kepada baginda. Kemudian Salman berputar memperhatikan punggung bahinda, adakah beliau akan melihat cincin yang disebutkan paderi itu?
Pada saat Rasulullah SAW melihat Salman yang sedang memperhati baginda, baginda mengetahui bahawa Salman sedang mencari kejelasan tentang sesuatu ciri kenabian itu. Kemudian baginda melepas kain selendang baginda dari punggung dan Salman berhasil melihat tanda cincin kenabian dan beliau yakin bahwa baginda adalah seorang Nabi.
Maka Salman telungkup di hadapan baginda dan memeluknya. Waktu itu juga Salman mengucapkan dua kalimah syahadah. Salman menjadi Muslim yang sebelumnya seorang Majusi dan Kristian.
Baca Juga: Makna Mubazir dalam Tafsir Al-Isra’ Ayat 27, Mengapa Pelaku Pemborosan Disebut Saudara Setan?
Perjalanan Salman mencari cahaya kebenaran itu sangatlah panjang. Bermula dari kampung asalnya Jai di Isfahan, Iran. Kemudian ke Syam, Syria. Dari sana ke Nasibin kemudian Mosul di Irak. Dari Mosul ke Amuria dan akhirnya Yatsrib yang menjadi Kota Madinah. Salman lockdown di Madinah kerena ciri-ciri Kota Madinah sesuai dengan apa yang disebutkan paderi terakhir.
Dan akhirnya, Salman mendapatkan apa yang dihajatinya. Oleh itu, Nabi pun bersabda mafhumnya, “Sekalipun ditakdirkan iman itu berada setinggi bintang di langit, pasti dia akan dapat mencapainya jua.”
Radiyallahu ‘an Salman al-Farisi
Wallahu a’lam. Semoga bermanfa’at.
Baca Juga: [Hadits Arbain Ke-20] Malu Bagian dari Iman
Bandar Seri Begawan, arhaqqi19052020. (A/AH/RS2)
Mi’raj News Agency (MINA)
Baca Juga: Malu Kepada Allah