Renungan Zanjabil #65
Oleh: Prof. Madya Dr. Abdurrahman Haqqi, Fakultas Syariah dan Hukum Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei Darussalam
PERNAHKAH terbayang oleh Anda umur seorang cucu 70 tahun dan umur datuknya baru 40 tahun? Dan mereka dalam keadaan hidup bersama. Datuk lebih muda dari cucunya? Mustahil.
Baca Juga: Amalan Sunnah pada Hari Jumat
Mari kita simak kisah berikut. Jika Ashabul Kahfi ditidurkan Allah SWT selama 300 tahun maka Nabi Uzair AS dimatikan Allah SWT selama 100 tahun dan dihidupkan semula.
Nabi Uzair AS adalah seorang Nabi dari nabi-nabi Bani Israil. Dialah yang menjaga Taurat, lalu terjadilah peristiwa yang sangat mengagumkan padanya. Allah SWT telah mematikannya selama seratus tahun kemudian baginda dibangkitkan kembali. Selama Uzair wafat satu abad penuh, terjadilah peperangan yang didalangi oleh Nebukadnezar (Bakhtansir) di mana dia membakar Taurat. Tidak ada sesuatu pun yang tersisa kecuali yang dijaga oleh kaum lelaki. Mukjizat yang terjadi pada Nabi Uzair AS adalah sumber fitnah yang luar biasa di tengah kaumnya.
Setelah dimatikan selama 100 tahun dalam umur 40 tahun maka Nabi Uzair dihidupkan semula oleh Allah sebagaimana dikisahkan al-Quran dalam Surah al-Baqarah ayat maksudnya, “Atau apakah (kamu tidak memperhatikan) orang yang melalui suatu negeri yang (temboknya) telah roboh menutupi atapnya. Dia berkata: ‘Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?’, maka Allah mematikan orang itu seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali. Allah bertanya: ‘Berapa lama kamu tinggal di sini ?’ Ia menjawab: ‘Saya tinggal di sini sehari atau setengah hari.’
Allah berfirman: ‘Sebenarnya kamu tinggal di sini selama seratus tahun lamanya; lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum berubah; dan lihatlah kepada keledaimu itu (yang telah menjadi tulang-belulang): Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan Kami bagi manusia; dan lihatlah kepada tulang- belulang keldai itu, kemudian Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami membalutnya dengan daging.’ Maka tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati) dia pun berkata: ‘Saya yakin bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
Baca Juga: [Hadits Arbain ke-8] Mengajak Kepada Kalimat Syahadat
Selepas dihidupkan semula, Nabi Uzair AS kembali ke negerinya yang tentu sudah sangat berubah. Baginda masih 40 tahun sedangkan negerinya sudah mengalami perubahan selama 100 tahun.
Sampai di negerinya, Uzair mendoakan seorang wanita yang berumur 120 tahun yang sudah buta dan lemah. Wanita ini adalah yang pernah bekerja dan menjaga anaknya dulu. Setelah sembuh wanita ini memberi tahu warga bahawa Nabi Uzair telah hidup semula.
Kemudian diadakan pertemuan yang dihadiri orang-orang pandai dan para ulama. Dalam majlis itu juga dihadiri oleh cucu Uzair di mana ayahnya telah meninggal dan si cucu itu telah berusia tujuh puluh tahun sedangkan datuknya, Uzair, masih berusia empat puluh tahun.
Di majlis itu mereka mendengarkan kisah Uzair lalu mereka tidak mengetahui apakah mereka akan mempercayainya atau mengingkarinya.
Baca Juga: Tertib dan Terpimpin
Salah seorang yang pandai bertanya kepada Uzair: “Kami mendengar dari ayah-ayah kami dan datuk-datuk kami bahawa Uzair adalah seorang Nabi dan dia mampu menghafal Taurat. Sungguh Taurat telah hilang dari kita dalam peperangan Nebukadnezar di mana mereka membakarnya dan membunuh para ulama dan para pembaca Kitab suci itu.
Ini terjadi seratus tahun lalu yang engkau katakan bahawa engkau menjalani kematian atau engkau tidur. Seandainya engkau menghafal Taurat, nescaya kami akan percaya bahawa engkau adalah Uzair.”
Uzair mengetahui bahawa tak seorang pun dari Bani Israil yang mampu menghafal Taurat. Uzair telah menyembunyikan Taurat itu dari usaha musuh untuk menghancurkannya. Uzair duduk di bawah naungan pohon sedangkan Bani Israil berada di sekitarnya. Lalu Uzair menghapusnya huruf demi huruf sampai selesai lalu baginda berkata dalam dirinya: Aku sekarang akan mengeluarkan Taurat yang telah aku simpan.
Uzair pergi ke suatu tempat lalu baginda mengeluarkan Taurat di mana kertas yang terisi Taurat itu telah rosak. Baginda mengetahui mengapa Allah SWT mematikannya selama seratus tahun dan membangkitkannya kembali. Kemudian tersebarlah berita tentang mukjizat Uzair di tengah-tengah Bani Israil. Mukjizat tersebut membawa fitnah yang besar bagi kaumnya. Sebahagian kaumnya mendakwa bahawa Uzair adalah anak Allah. Allah SWT berfirman maksudnya: “Orang-orang Yahudi berkata: ‘Uzair adalah anak Allah.'” (Surah al- Baqarah: 30)
Baca Juga: [Hadits Arbain ke-7] Agama itu Nasihat
Dari sinilah bermulanya ada dakwaan sesat orang Yahudi bahawa Uzair anak Allah sebagaimana dawaan sesat kaum Nasrani yang mengatakan Isa anak Allah.
Wallahu a’lam. Semoga bermanfa’at.
Bandar Seri Begawan, 23/05/2020. (A/AH/RS2)
Mi’raj News Agency (MINA)
Baca Juga: Pentingnya Memahami Fiqih Jual Beli dalam Berdagang