Kuala Lumpur, MINA – Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin pada Hari Kemerdekaan ke-63, Ahad (30/8), mengatakan, Malaysia perlu kekal merdeka dan berdaulat dengan seluruh rakyat aman, sejahtera serta sentosa selama-lamanya.
“Kemerdekaan adalah nikmat besar bagi Malaysia, yang membuka lembaran baharu kepada tanah air sebagai negara merdeka, bebas dan berdaulat, selain mendapat kembali hak sebagai bangsa bermaruah, selepas dijajah selama ratusan tahun,” ujar PM Muhyiddin, seperti disebutkan Berita Harian.
“Kita dapat menentukan nasib diri kita, bangsa kita dan negara kita sendiri tanpa dibelenggu oleh mana-mana kuasa lain,” lanjutnya.
“Inilah amanah besar yang mesti dipikul oleh saya dan saudara-saudari semua. Kita mesti kekalkan kemerdekaan negara kita. Kita mesti pertahankan kedaulatan negara kita. Kita mesti pelihara keamanan negara kita,” imbuhnya.
Baca Juga: Presiden Korea Selatan Selamat dari Pemakzulan
“Kita mesti tegakkan keadilan dan pelihara kebebasan rakyat. Kita mesti pastikan seluruh warga tanah air tercinta ini sejahtera dan sentosa selama-lamanya,” katanya.
Pada 31 Agustus 1957 ribuan warga Malaysia berkumpul di Stadion Merdeka, Kuala Lumpur, untuk menyaksikan sekaligus memberi selamat atas penyerahan kekuasaan dari Kerajaan Inggris kepada Federasi Malaya. (T/RS2/RI-1)
Mi’raj News Agency (MINA)
Baca Juga: Jumat Pagi Sinagog Yahudi di Meulbourne Terbakar