Lockdown Nabi Luth AS yang Menakutkan

Renungan Zanjabil #34

Oleh Prof. Madya Dr. Fakultas Syariah dan Hukum Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei Darussalam.

WALA YALTAFIT MINKUM AHADUN firman Allah SWT kepada Nabi Lut dan keluarga baginda ketika diperintahkan untuk keluar dari Negeri Sadum karena azab Allah sudah tiba masanya ke atas Kaum Sodom. Maksud ayat, “dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang.” (Surah al-Hijr: 65)

Allah telah me- Nabi Lut AS dan keluarga agar tidak menoleh ke belakang dalam perjalanan mereka ke luar Negeri Sodom. Karena, kalau tidak, mereka akan ditimpa bahaya kerena menyaksikan sesuatu yang mengerikan.

Nabi Lut AS telah hijrah bersama bapak saudaranya, Nabi Ibrahim AS dari Harran sesudah kejadian pembakaran Nabi Ibrahim AS oleh Raja Namrud dan baginda terselamat. Mereka pergi menuju Palestina kemudian Mesir dan kembali lagi ke Palestina.

Nabi Lut AS meninggalkan tempat Nabi Ibrahim AS ke satu tempat yang agak jauh karena melaksanakan perintahnya. Di Negeri Sodom baginda berdepan dengan kaum paling jahat dan paling kafir.

Mereka melakukan pelbagai kerosakan dan kemungkaran. Tidak ada sikap saling mengingatkan bagi orang yang melakukan kemungkaran di antara mereka. Kemungkaran yang mereka lakukan adalah mendatangi sesama lelaki seperti seseorang mendatangi isteri (liwat atau homoseksual) dan meninggalkan para wanita.

Nabi Lut AS menyeru kaumnya untuk menyembah Allah, tiada sekutu bagi-Nya, juga melarang mereka untuk tidak melakukan perbuatan keji (homoseksual) sebagaimana yang telah disebutkan oleh Allah tentang diri mereka. Namun tidak seorang pun dari mereka yang mahu menerima dakwah tersebut, dan enggan untuk beriman kepadanya. Bahkan mereka tidak mahu berhenti dari perbuatan yang terlarang tersebut. Mereka tidak mahu berhenti dari penyimpangan dan kesesatan mereka.Malah mereka hendak mengusir baginda.

Ibnu Abbas RA, sebagaimana dinukil al-Qurtubi dalam tafsirnya ada berkata, “Sesungguhnya kaum Lut melakukan banyak dosa selain kesalahan seksual, di antaranya :

1. Mereka saling menzalimi antara sesama sendiri.
2. Mereka memaki hamun antara sesama sendiri.
3. Mereka tanpa segan silu kentut dalam majlis.
4. Membaling apa-apa yang ada di sekelilingnya.
5. Mereka suka bermain nard (dadu) dan syitranj (seumpama catur).
6. Mereka memakai pakaian yang bercelup.
7. Mereka suka melagakan ayam jantan.
8. Mereka suka melagakan kibasy.
9. Lelaki mereka melumuri jari-jari mereka dengan inai.
10. Lelaki mereka suka memakai pakaian perempuan.
11. Perempuan mereka suka memakai pakaian lelaki.
12. Mereka mengenakan cukai kepada yang lalu di kawasan mereka.
13. Mereka juga syirik kepada Allah.
14. Merekalah golongan yang pertama di muka bumi ini yang melakukan liwat dan lesbian.

Kaum Sadum tetap kekal dalam kesesatan mereka maka Allah menghukum mereka dengan azab yang sangat mengerikan.

Al-Quran mendokumentasikan kebinasaan mereka dengan ayatnya yang artinya, “Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan Ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu.” (Surah Hud (82-83).

Jibril memporak-porandakan tempat tinggal mereka yang berjumlah tujuh kota- dengan hujung sayapnya.

Mujahid berkata: “Yang mula-mula terjatuh adalah para pembesar dari kalangan kaum Lut.”

Nabi Lut AS dan keluarga kecuali istri baginda terselamat dari seksa tersebut dengan melaksanakan salah satunya perintah lockdown pandangan mata mereka menoleh ke belakang ketika mereka keluar dari Sadum pada tengah malam.

Allah berfirman maksudnya: “Janganlah kamu takut dan jangan (pula) susah. Sesungguhnya kami akan menyelamatkan kamu dan pengikut-pengikutmu, kecuali isterimu, dia adalah termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan)”.” (Surah al-Ankabut: 33)

Itulah faedah daripada melakukan arahan walaupun sekecil apapun jua.

Wallahu a’lam. Semoga bermanfa’at.

Bandar Seri Begawan, 22/04/2020. (A/AH/RS2).

Mi’raj News Agency (MINA)

Wartawan: Ali Farkhan Tsani

Editor: Ismet Rauf

Ikuti saluran WhatsApp Kantor Berita MINA untuk dapatkan berita terbaru seputar Palestina dan dunia Islam. Klik disini.