Mengharap Insentif Daripada Allah (Tazkirah Menjelang Buka 07)

Oleh: Prof Madya Dr Abdurrahman Haqqi

Wakil Pengarah Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i, UNISSA Brunai Darussalam.

“MENGAPA adik basuh pinggan?” Jawabnya: “Kerana emak nak beri adik seringgit.” Kita bertanya lagi kepada seorang mahasiswa “Mengapa adik belajar kuat sangat?” Jawabnya, mungkin: _Karena saya ingin mendapat nilai A_. Jika kita alihkan pertanyaan kepada seorang pekerja “Mengapa anda selalu tekun bekerja?” maka dia akan menjawab: “Saya mahukan KPI / Kinerjab naik melintang!”

Artinya, saimin dan saimat, bagaimana insentif dapat menggerakkan seorang adik menyuci pinggan, mahasiswa belajar, dan pekerja bekerja. Insentif sama ada ‘duit’ bagi seorang adik atau ‘prestij gred’ bagi mahasiswa atau pangkat serta gaji besar bagi pekerja.

Inilah realiti hidup dan kehidupan. Ada insentif 0K, tak ada insentif No Way.

Tapi dalam realiti itu ada sesuatu yang menurut pepatah orang tua dulu ‘maksud hati nak memeluk gunung, apakah daya tangan tak sampai’. Walaupun berbagai insentif disediakan dan kita semangat berusaha melakukannya, terkadang kita hanya boleh menggigit jari. Sabar!

Adalah mustahil bagi Tuhan yang menjanjikan sesuatu insentif kemudian tidak menganugerahkannya kepada yang berhak. Sesungguhnya Allah tidak mengingkari janji, demikian yang selain kita dengar.
Seseorang yang berbuat baik dia akan menerima pahalanya, begitu juga sesiapa yang berbuat buruk akan menerima padahnya.

Kelebihan ‘bulan seribu bulan’ ini adalah terhadap pahala puasanya.

Seandainya setiap amal perbuatan hamba Allah hanya dibalas 10 hingga 700 kali ganda dan ia milik hamba itu, puasa Ramadhan ini hanya Allah saja yang menentukannya dan ia kepunyaan Allah semata-mata, si hamba hanya tahu balasannya saja kelak. _Fa innahu li wa ana ajzi bih_, firman Allah dalam satu hadis qudsi yang diriwayatkan Rasulullah SAW bermaksud: “Ia (puasa) kepunyaan-Ku dan Aku sendiri yang akan menentukan pahalanya.”

Berbicara mengenai pahala dan ganjaran ibadat ini kita tidak boleh mengelak dari apa yang dikatakan dalam al-Quran. Hanya al-Qur’anlah, dan ditambah dengan beberapa hadis dapat rnenjelaskannya.

Al-Quran menyebut `pahal’ dan ‘ganjaran dengan kata asal _’ajr_’ sebanyak 108 kali sama ada pahala keduniaan ataupun pahala keakhiratan. Al-Quran mensifatkannya sebagai _adzim_ atau _adziman_ yang bererti pahala yang agung di 17 tempat. Sifat yang lain iaitu _ajr karim_ dan _ajran kariman_ bererti pahala yang mulia disebut di empat tempat. _Ajr kabir_ atau _ajran kabiran_ yang bererti pahala besar disebut di lima tempat. _Ajran hasana_ bererti pahala yang baik disebut di dua tempat. _Ajrun ghair mamnun_ bermakna pahala yang tidak putus-putus: di tiga tempat.

Nabi dan rasul – mereka yang tinggi darjat dan kedudukannya dalam sejarah manusia dan kemanusiaan, hanya memiliki satu matlamat dalam dakwahnya iaitu pahala daripada Allah SWT semata-mata. Lihat apa yang menceritakan al-Quran mengenai nabi-nabi yang mengatakan _in ajriya illa alallah_ bermaksud ‘pahalaku tidak lain hanyalah dari Allah belaka’ di sembilan tempat.

Sememangnyalah, wahai shaimin dan shaimat, insentif yang harus kita utamakan dalam hidup yang sementara ini adalah insentif ukhrawi tanpa melipat sebelah mata menjadi insentif duniawi “Sesungguhnya pahala di akhirat lebih besar, kalau mereka mengetahui (iaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Allah saja mereka bertawakal.” (Surah al-Nahl: 41-2)

Dengan demikian, syurgalah matlamat akhir seorang mukmin kecuali bagi orang yang supermukmin seperti seorang sufi yang mengatakan “Seandainya aku disuruh memilih antara masuk syurga dan bersembahyang dua rakaat, aku akan memilih ibadat solat dua rakaat.”

Sungguh hebat sufi ini, dia memilih untuk salat dua rakaat dari pada masuk syurga. Tentu ada ertinya dalam pilihan ini.

Dengan berpuasa pada bulan seribu bulan ini, kita melatih diri untuk nnenghapuskan keegoan diri dan puasa ini hanya untuk Allah.

Wahai Tuhan, sesungguhnya tiada yang paling kami harapkan kecuali keredaan-Mu. Limpahkanlah keredaan-Mu kepada kami, orang tua kami, keturunan kami, kerabat kami dan seluruh saudara mukminin dan mukminat di Timur dan Barat Amin! (A/Haq/RS2)

BSB, 07 Ramadhan 1444H/ 29 Maret 2023M

Kantor Berita Mi’raj (MINA)

Ikuti saluran WhatsApp Kantor Berita MINA untuk dapatkan berita terbaru seputar Palestina dan dunia Islam. Klik disini.