Image for large screens Image for small screens

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Damai di Palestina = Damai di Dunia

ADVERTISEMENT

SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT

Usah Cemari Kesucian Ramadhan (Tazkirah Menjelang Buka #16)

Rana Setiawan - Jumat, 7 April 2023 - 16:03 WIB

Jumat, 7 April 2023 - 16:03 WIB

6 Views

Oleh: Prof Madya Dr Abdurrahman Haqqi, Wakil Pengarah Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i, UNISSA Brunai Darussalam

Pada hari keenambelas Ramadhan ini, biasanya Shaimin dan Shaimat tidak terlepas daripada kejadian malam tadi khususnya pada waktu shalat tarawih dan witir. Mereka biasanya agak kecoh pada raka’at terakhir shalat witir yang tiga rakaat iaitu ketika waktu mau sujud selepas i’tidal dari ruku’.

Tentu ada yang berkata: “Ana lupa tadi malam. waktu Tok Imam mengucap Allahu…ana langsung bersujud seperti biasa padahal dia mau membaca doa qunut”. Temannya pun menyahut: “I juga.” Ramai lagi mengalami perihal yang sama.

Memang Bulan Seribu Bulan ini amat berkesan di hati setiap mukmin bahkan ia turut dirasai oleh orang bukan mukmin. Persiapan menyambut bulan suci ini agak berlebihan berbanding bulan-bulan lain.

Baca Juga: Keutamaan Menulis: Perspektif Ilmiah dan Syari

Orang mukmin sudah menyebut dan memperkatakannya sejak awal lagi sebelum ia datang. Udaranya sudah dapat dirasakan sejak dari jauh, manakala keberkatannya pula nampak sebelum tiba. Dengan kata lain kedudukan buIan suci ini datang sebelum tiba.

Pada bulan suci ini proses tafaqquh fi al-din (pemahaman terhadap agama) sangat ketara melalui usaha mencari ilmu, meningkatkan dan menyemarakkannya.

Lihat saja bagaimana Ulama membahas masalah boleh tidaknya berpuasa sunat selepas tanggai 15 Syaaban!

Bagaimana mereka membincangkan masalah hilal untuk penentuan awal Ramadhan begitu pula di akhirnya untuk menentukan Syawal’.’ Bagaimana mereka mengkaji masalah sah dan batalnya puasa dan lain-lain.

Baca Juga: [Hadits Arbain ke-23]  Keutamaan Bersuci, Shalat, Sedekah, Sabar, dan Al-Quran

Perbahasan di atas akan menambah nilai puasa saimin dan saimat. Bahkan, ilmu dan menuntut dan membincangkannya adalah amalan yg sangat basar pahalanya. Dan penyandang dan pecinta ilmu darjatnya tinggi di sisi Allah.

Allah berfirman maksudnya: “Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. (Q.S. Al-Mujadalah:11)

Malangnya, kadang-kadang manusia lupa akan musuh sebenar mereka iaitu syaitan yg disebut Allah sebagai aduwwun mubin atau musuh yang nyata sehingga amalan-amalan ibadah mereka juga akhirnya terjejas.

Mereka diperintah untuk berpuasa akan tetapi dicemari dengan pelbagai maksiat dan perbuatan yang mencemari kesuciannya. Maksiat minda, maksiat mata, maksiat telinga, maksiat mulut dan maksiat lain yang dimangsakan kepada anggota badan manusia pun bermaharajalela pada bulan mulia ini. Pencemaran sama ada dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja yang akan mengurangi nilai pahala puasa.

Baca Juga: Langkah Kecil Menuju Surga

Ya Allah, peliharalah kami dari mencemari ibadah puasa kami secara sengaja atau tidsk sengaja, secara sedar atau tidak sedar. Dan jadikanlah ibadah puasa kami suci dan murni kerana-Mu. Aamiin

BSB, 16 Ramadan 1444H/7 April 2023M

(A/Haq/RS2/R1)

 

Baca Juga: Akhlak Mulia: Rahasia Hidup Berkah dan Bahagia

Mi’raj News Agency (MINA)

Rekomendasi untuk Anda

Tausiyah
Indonesia
Indonesia